MENU| Home | Facebook

Saturday, 16 November 2013

RAMUAN SANTAU

Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman, segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung., sumbu pelita minyak tanah (habuknya), hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis- katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi), kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus), kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya), rambut, tali sabut (direndam selama 44hari kemudian diracik halus-halus), kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli -Aborigines people- yang tahu sebab mereka cari dalam hutan, bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena), tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis hantu raya class A.,, barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain ...Kadang-kadang, ada juga yg menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain ... (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa, ..ia akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau). Function santau : untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.

Bagaimana santau dibuat dan diproses

Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap(kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri, kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain. Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu' itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau 'menjadi' ia membiak mcm yeast- cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.

Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya. Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.

No comments:

Post a Comment