MENU| Home | Facebook

Wednesday 13 February 2013

Susuk moden

Kita selalu dengar tentang susuk jarum,susuk emas,susuk beras dan sebagainya.

Tetapi di zaman sekarang ada susuk yang dijadikan bedak dan sesiapa pun boleh memakainya samada menyedari ataupun tidak.

Bedak ini dibuat daripada tulang manusia yang dihancurkan,tulang manusia yang mati dalam keadaan aneh seperti bunuh diri atau dibunuh adalah lebih mujarab.

Bedak ini biasanya dibuat di negara jiran dan dibawa masuk ke negara kita sebagai bedak biasa..jadi sesiapa pun bekemungkinan memakainya.

Setelah memakai bedak ini bermakna anda telah memakai susuk jadi semua pantang larang pemakai susuk haruslah diikuti,jika tersilap langgar pantang bala akan menimpa.

Menurut pakar, susuk jenis bedak adalah yang paling merbahaya dan susah dibuang kerana ia sudah sebati dengan kulit muka,seolah-olah perlu mengasingkan tepung  yang telah digaul bersama tanah. berbeza dengan susuk jenis lain yang boleh dibuang dengan mudah.

No comments:

Post a Comment