MENU| Home | Facebook

Tuesday, 23 February 2016

Istana Kellie atau Kellie’s Castle

 Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya.  Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905  ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
Siapa William Kellie Smith
William Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Moray Firth, Dellas, sebuah kawasan tanah tinggi di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani, beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Pada 1 Mac 1890 (Utusan Malaysia, 22 Januari 2008), sewaktu berumur 20 tahun, William dikatakan telah merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya,  beliau bermula sebagai jurutera awam dengan mendapat kontrak selama 2 tahun dengan kerajaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina,malangnya projek ini mempunyai masalah lalu beliau terpaksa menghantikannya. William seterusnya membuat usahasama dengan seorang kontraktor, Charles Alma Baker bagi mengusahakan projek membina jalan raya di Perak.

Usahasama dengan Charles Alma Baker ternyata begitu menjadi, beliau berjaya mendapatkan 200 ekar tanah di Batu Gajah untuk diusahakan. William memilih untuk mengusahakan tanaman kopi mulai tahun 1896, namun ianya tidak bertahan lama kerana pasaran untuk kopi malaya telah merosot akibat kemunculan kopi dari Brazil yang sangat popular. William kemudiannya telah menggantikan tanaman kopi beliau dengan getah, ianya dianggap tindakan yang bersesuaian pada ketika itu kerana getah sangat diperlukan sebagai bahan mentah dalam pembuatan tayar pneumatik. Industri pembuatan kenderaan yang sedang meningkat naik di eropah menyebabkan permintaan terhadap getah menjadi tinggi dan lumayan. Ladang getah seluas 144 ekar itu diusahakan bersama rakan kongsi beliau, Alma Baker (Berita Harian, 17 September 2008),William Kellie Smiths akhirnya berjaya membeli sebuah ladang di kawasan Batu Gajah, estet berkenaan kemudiannya dinamakan Ladang Kinta Kellas. Selain itu, William Smith turut mengusahakan syarikat perlombongan bijih timah yang dinamakan Kinta Kellas Dredging Company. Menurut  (Dr. Ho Tak Ming, 2007 ) , pada tahun 1903, William Smith terpaksa pulang ke Scotland bagi melawat ibu beliau yang sedang nazak, dalam perjalanan pulang inilah beliau bertemu bakal isterinya, Agnes. Setelah kembali semula ke Malaya, William telah menambah nama “Kellie” pada nama beliau, dan mahu dikenali sebagai William Kellie Smith. Nama “Kellie” adalah bersempena nama ibunya selain mengahwini Agnes. Agnes merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau, Agnes dikatakan bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 pound.

Mendiang William Kellie Smith ( 1870 - 1926) - Gambar ihsan Lamography.com


Karenah Agnes
 Setelah mengahwini Agnes, William tinggal di rumah beliau yang telah dibina di kawasan ladang miliknya, rumah berkenaan dinamakan Kellas House. Kellas House dibina dari kayu, lalu dalam cuaca tropika,  pada ketika suhu panas, suhu dalam rumah turut menjadi tinggi. Suhu yang panas sangat tidak menyenangkan Agnes, beliau tidak sukakan Kellas House dan mengindamkan sebuah rumah yang lebih sesuai. Sewaktu mengandungkan Helen, Agnes telah menyuarakan hasrat tersebut kepada William. Sudah menjadi kelaziman keluarga elit dari eropah pada ketika itu,untuk lari dari cuaca panas, mereka akan berkunjung ke Bukit Maxwell di Taiping atau Bukit Kledang di Menglembu, Ipoh.
Istana Kellie dibina
 Menyedari situasi kewangan beliau yang baik, William setuju dengan cadangan isteri beliau, tambahan pula isterinya itu bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 Pound sterling yang dianggap lebih dari cukup untuk membiayai rumah idaman mereka. Setelah Agnes melahirkan anak sulung mereka Helen pada 1904, William tanpa lengah lagi terus mengusahakan pembinaan kediaman baru mereka. Dalam tahun yang sama, William telah berurusan dengan sebuah firma kewangan dari Singapura untuk memperolehi dana pendahuluan sebanyak 24,000 pound setahun selama 3 tahun. Pembiayaan kewangan ini dikatakan untuk pembangunan ladang milik beliau disamping pembinaan rumah baru keluarga tersebut, pembayaran balik atas dana pendahuluan tersebut akan dilunaskan sebaik sahaja pemegang amanah perniagaan keluarga Agnes melepaskan dana yang diamanahkan kepada mereka.

Masalah kewangan rencatkan proses pembinaan
Setahun selepas perancangan pembinaan dibuat, William telah menerima berita yang kurang menyenangkan, pemegang amanah dana milik isterinya telah memaklumkan bahawa dana berjumlah 300,000 pound itu hanya akan dilepaskan dalam tahun 1908. Tambah menyulitkan lagi, firma kewangan dari Singapura yang menyediakan dana pinjaman kepada william turut mengalami nasib malang, mereka terpaksa menghentikan pembiayaan kepada William kerana firma itu sendiri mengalami kegawatan ekonomi kesan prestasi perniagaan mereka yang teruk di Indonesia. Untuk keluar dari kemelut kewangan ini, William telah meminta Agnes menulis surat kepada  kerajaan kolonial untuk memohon dana bantuan sebanyak 50,000 pound. Permohonan tersebut diterima, tetapi dengan nilai separuh dari yang dimohon, sebelum dikurangkan lagi, akhirnya nilai akhir yang setuju dipinjamkan oleh kerajaan kolonial kepada Agnes adalah sebanyak 10,000 pound. Karenah pemerintah kolonial yang dikatakan skeptikal terhadap keupayaan Agnes membayar balik pembiayaan yang dimohon telah mencabar William untuk meneruskan juga pembinaan kediaman baru mereka.

Kesempitan kewangan ini menyebabkan William terpaksa menjual 2/3 kawasan ladang milik beliau  bagi tujuan pembayaran balik dana yang dipinjam. Malang kemudian berkunjung lagi, kali ini permit konsesi milik William melalui aktiviti perlombongan bijih timah telah ditamatkan selain kehilangan ternakan kuda dan lembu akibat wabak penyakit.


Dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu
Setelah memperolehi dana yang diwarisi oleh Agnes pada tahun 1908, pembinaan istana akhirnya berkenaan dapat diteruskan. William telah menggaji 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman beliau, kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah  diimport dari India, sementara Jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904. Batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi  jenang pintu dan tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Dengan seni binanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan india, istana ini sememangnya unik, malah binaan yang seumpamanya tidak dapat dilihat dimana-mana di Malaya pada ketika itu. Menurut Tajuddin Yaakob, Pengurus Istana Kellie, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat. Menurut beliau lagi, seandainya lif di menara Istana Kellie dapat disiapkan, maka bangunan itu akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif.


 Ciri-ciri senibina yang terdapat pada bangunan sekretariat kolonial di Kuala Lumpur turut diselitkan, bagi mengatasi masalah suhu panas dalam rumah yang menjadi isu kepada Agnes, William menggunakan dinding batu yang tebal, selain laluan berkoridor yang akan membantu pengudaraan yang baik. Intana Kellie sebenarnya pernah mendapat liputan sebuah akhbar inggeris di London, iaitu London Financier pada 15 September 1911. Menurut laporan akhbar berkenaan, istana kellie dianggap unik dari sudut rekabentuk binaan serta keluasannya.
Istana Kellie dari seberang Sungai Kinta.
Penulis bersama anakanda Ziyad di bahagian atas Istana Kellie.
Penulis di koridor Istana Kellie.
Bilik-Bilik
Pelan asal sewaktu Istana ini dibina menunjukkan ianya  mempunyai 14 buah bilik yang mempunyai fungsi yang berbeza setiap satunya. Setiap bilik ahli keluarga yang terdapat di tingkat satu mempunyai laluan tangga yang akan digunakan ketika kecemasan (NST, 2004).

Bilik Khas yang dipercayai untuk menyimpan minuman keras.


Ukiran pada dinding salah satu bilik di Istana Kellie


Bingkai serta daun tingkap yang diperbuat dari kayu cengal

Terowong rahsia
Istana ini dikatakan mempunyai tiga terowong dibawahnya, terowong pertama menuju ke kuil Hindu yang berada kira-kira 500 meter dari istana ini, terowong kedua menuju jalan keluar yang berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie, laluan terowong ini dikatakan telah runtuh dan kereta berkenaan tertimbus dibawah runtuhan tersebut. Terowong terakhir, iaitu terowong ketiga masih kekal misteri kemana arah tujunya.(NST, 26 Julai 2004). Terowong pertama dan kedua memang telah diketahui sejak istana ini ditinggalkan, tetapi terowong ketiga hanya ditemui pada tahun 2003. Terowong ketiga hanya ditemui pada tahun 2003 secara tidak sengaja, ianya ditemui sewaktu Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kerja-kerja membuat jalanraya di Km 4 Jalan Gopeng – Batu Gajah dijalankan. Projek berkenaan terpaksa dihentikan selama 3 hari setelah terowong berkenaan ditemui sewaktu kerja-kerja menggali dijalankan. Sewaktu ditermui, terowong yang berketinggian 1.5 meter dengan lebar satu meter itu dalam keadaan ditenggelami air (Bernama, 13 Jun 2003).

Lubang udara dari terowong yang menghala ke Kuil Sri Mariamman

William Kellie Smith dan Agnes bersama kereta Marlborough milik mereka, kereta inikah yang dikatakan tertimbus dibawah runtuhan salah satu terowong di Istana Kellie. (Gambar ihsan Arkib Negara Malaysia dan NST).
Perang dunia pertama lambatkan pembinaan
Meskipun masalah kewangan dapat diatasi oleh William, proses pembinaan kediamannya kali ini diancam pula dengan krisis perang dunia pertama yang berlaku di eropah. Bekalan bahan mentah dari luar negara melalui jalan laut menjadi sangat lambat, sementara kos perdagangan cara darat meningkat berkali ganda kosnya. William sangat terdesak untuk menyiapkan segera kediaman tersebut, tambahan pula Agnes telah melahirkan anak kedua mereka, Anthony.

Binaan tergendala akibat wabak Penyakit
Wabak penyakit yang dinamakan “Spanish’s Flu” yang bermula di eropah telah tersebar ke asia, terutamanya India, melalui aktiviti perdagangan yang berlaku.  Wabak ini akhirnya melanda Malaya, melalui pekerja ladang yang dibawa dari India, musibah ini mendatangkan kesan yang amat besar kepada William,  kesemua 70 orang tenaga mahir yang dibawa khas dari India yang ditugaskan membina istana Kellie telah mati akibat wabak ini. Malah ramai lagi pekerja beliau yang turut maut.


Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman
Kesan wabak penyakit "Spanish Flu" yang telah mengorbankan ramai pekerja menyebabkan pekerja ladang yang kebanyakkannya berasal dari India berada dalam ketakutan. Mereka merasakan mereka perlu mendapatkan perlindungan daripada tuhan mereka, lalu memohon William Kellie Smith membina sebuah kuil untuk Dewa Mariamman, beliau bersetuju untuk membina kuil tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepada William Kellie Smith, sebuah patung berupa beliau telah diukir dan diletakkan bersama patung-patung dewa lain di atas bumbung kuil berkenaan.

Kematian William Kellie Smith
Pada tahun 1926, William serta anaknya Helen telah pergi ke Lisbon, Portugal sebelum meneruskan perjalanan ke England untuk melawat Agnes dan Anthony. Ada juga maklumat yang mengatakan William Kellie pulang ke England untuk membawa balik set lif yang ingin beliau pasang di menara istananya ( NST, 27 Mei 2008). Malangnya sewaktu berada di  Portugal, William telah diserang penyakit radang paru-paru yang kronik, beliau akhirnya meninggal dunia di Lisbon pada 11 Disember 1926 pada usia 56 tahun.

Pembinaan istana terbengkalai
Setelah kematian suaminya, Agnes telah meninggalkan Malaya, sebelum itu beliau telah bertindak menjual segala harta milik mereka, termasuk Istana Kellie (NST, 27 Mei 2008). Ladang milik Kellie telah dijual kepada Syarikat Harrisons and Crosfield. Syarikat yang mulai mengambil alih ladang berkenaan ternyata tidak berminat dengan projek istana tersebut, lalu pengarahkan pembinaanya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan istana Kellie terhenti pada tahun 1926.

 Waris William Kellie Smith
Tidak dapat dipastikan sama ada pernah ada usaha untuk menjejaki waris William Kellie Smith, namun berdasarkan rekod, anak lelaki beliau, Anthony William Kellie-Smiths pernah berkhidmat dalam pasukan tentera British sewaktu perang dunia ke2, Anthony kemudiannya terbunuh pada 9 Jun 1942, pada ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Hasil semakan daripada laman web “The Peerage : A genealogical survey of the peerage of Britain as well as the royal families of Europe”
( http://www.thepeerage.com/) , keturunan William Kellie Smiths yang seterusnya ialah cucu beliau, David Anthony Kellie-Smith yang dilahirkan pada 4 jun 1940, serta dua orang cicit, iaitu Samuel Anthony Kellie-Smith ( dilahirkan pada 12 May 1966) dan Owen William Kellie-Smith ( dilahirkan pada 20 julai 1968), jurai keturunan ini adalah daripada anak lelaki beliau, Anthony, sementara jurai keluarga dari sebelah anak perempuan Smith, Helen tidak dapat dikesan.
Antara sudut Istana yang gagal disiapkan
Terbengkalai....
  
Kisah Misteri disebalik Istana Kellie
Sudah menjadi lumrah mana-mana bangunan lama yang ditinggalkan, kisah misteri seram pasti diulit dan menjadi sebutan dari generasi ke generasi,sepertimana kisah penunggu di Istana Menati, Negeri Sembilan atau kisah Perempuan Hijau di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Istana Kellie sendiri mengundang pelbagai kisah misterinya yang tersendiri. Malah Istana Kellie pernah dicadangakan sebagai antara kawasan tarikan bagi Pelancongan Paranormal (Paranormal Tourism) bersama Jirat Cina di Sungai Besi, Selangor (NST, 13 Mac 2006).


Roh William Kellie menjaga istananya
Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.(NST, 27 Mei 2008). Ketika ditemuduga dalam satu rancangan dokumentari, Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie turut berkongsi kisah misteri. Beliau merujuk peristiwa dimana sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan, lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith.
Di koridor inikah Roh William Kellie Smith dikatakan dilihat merayau-rayau ?
Misteri Bilik Helen
Antara ruang dalam istana Kellie yang dianggap mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan beliau, Helen. Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di bilik tersebut.
Adakah di bilik ini  "lembaga budak perempuan" itu muncul ?
Pengawal Tanpa Kaki
Dalam tahun 1995, dikisahkan empat orang pemuda dari Tapah, Perak buat kali pertamanya melawati Istana Kellie, mereka tiba di Istana berkenaan pada kira-kira pukul lima petang. Malangnya mereka telah didatangi seorang lelaki yang dipercayai pengawal istana berkenaan dan dimaklumkan bahawa premis berkenaan telah ditutup kerana telah melewati tempoh melawat. Sebelum meninggalkan premis berkenaan mereka sempat memandang kearah pengawal tadi yang sedang menuju ke pondok pengawalnya, disitulah baru mereka sedari bahawa pangawal tadi TIDAK BERKAKI, sebaliknya seakan melayang menuju ke pondoknya (NST, 8 Oktober 2006).

Bertemu Langsuir
Seorang pengawal di Istana Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat berakhir pada pukul 6 petang. Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman istana berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan langkah beliau disitu. Sebalik sahaja menoleh kebelakang, kelihatan satu lembaga putih dengan rambut hitam menggerbang muncul di sisi pokok angsana berkenaan dan menuju kearah dimana beliau berdiri. Dalam situasi cemas itu, Pak Naman sempat membaca beberapa potong ayat quran sambil mengacukan senapang patah beliau kearah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun ianya tidak meninggalkan sebarang kesan, sebaliknya lembaga tersebut melayang terbang meninggalkan kawasan tersebut. Dikatakan lembaga  yang ditemui oleh Pak Naman itu sebenarnya adalah Hantu Langsui, beberapa hari kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma kali ini di sekitar kawasan Surau premis berkenaan dan Pak Naman tidak pasti lembaga apakah yang beliau temui itu. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun 1997 (NST, 26 Jun 2006).
Disinikah lokasi  Pak Naman diganggu Langsuir ?

Khatimah
Pada tahun 2000, projek arkeologi konservasi telah dijalankan keatas bangunan ini, sebelum proses pemuliharaan dan naik taraf turut dilaksanakan pada 2011. Istana Kellie kini berada dalam keadaannya yang terbaik berbanding sebelum ini, projek naik taraf yang menelan belanja sebanyak RM5 juta itu merupakan sebahagian daripada projek di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Projek naik taraf yang siap sekitar Oktober 2011 itu telah melihatkan impak yang sangat besar kepada industri pelancongan negeri Perak, ianya berdasarkan kepada statistik pelawat sepanjang 2011 yang menunjukkan Istana Kellir telah dilawati oleh 66,000 orang pelancong dalam dan luar Negara (Bernama, 20 Oktober 2011). Kini pengurusan Istana Kellie diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Aqfast Enterpise. Semoga istana  ini terus kekal sebagai tarikan utama industri pelancongan negara, dan dalam masa yang sama kajian harus terus dilakukan berkaitan dengannya, usah dibiarkan Istanan Kellie ini terus kekal dalam misteri.
Seram...Istana Kellie dalam tahun 1970. (Gambah Ihsan NST)

Indah...Istana Kellie dalam tahun 2012












:credit






READ MORE- Istana Kellie atau Kellie’s Castle

Tuesday, 16 February 2016

muzium berhantu di melaka

KISAH 1

Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena stay up. Sudah 3 hari bahagian atas di tutup. Nak repair and nak ubah letak cara patung-patung dan repair lighting.
Aku sebagai kurator, nak tak nak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja.

Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.
Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak amik kasut dan pakai. Tiba tiba ada orang memanjat tangga.

Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium!
Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.

Pagi esok, aku first sampai. Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. Cepat-cepat aku taruh ke dalam. Aku rasa macam Ben Stiller dalam cerite Night at The Museum.

KISAH 2

Ini kisah bersambung dengan kisah yang pertama.
Sejak kejadian itu, aku takut nak ke muzium itu. Tetapi apakan daya atas sebab kerja.
Suatu malam, aku terpaksa dan ini semua salah kawan aku, Ali yang tertinggal blue print di dalam. Bos nak blue print malam tu. Katanya nak tunjuk kat MB Melaka untuk mintak dana. Aku dan Ali segera. Masih awal kira 2 jam 1040 malam.

Ali ke dalam, aku tunggu luar. Aku nyala rokok dan tunggu.
PAPPP!!!
Bahu aku di tepuk! Belakang aku ada lembaga berbadan besar sama macam malam itu! Bertempik di telinga aku:
“Labuhkan sauhhh!!
Aku tertelan asap rokok dan terus berlari ke bawah. Sampai di bawah.elok je aku tengok Ali tunggu kt kereta
“Aku dah panggil ko masa keluar. Aku ingat ko dengar. Aku rasa seram, tu yang aku turun cepat”ujar Ali
Dalam hati aku menyumpah seranah

KISAH 3

Hobi aku download movie dan jual pada teman ofis. Kadang-kadang siap amik job downlodkan cerita korea untuk kakak-kakak di opis. Hasil bleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer. Aku suka melepak dengan kawan aku yang menjadi Jaga/pak guard di salah satu istana
Eh. Silap. Muzium di negeri melaka, Besar muziumnya. Sebab utama, sebab situ wifi laju giler! dan aku tau pasword!
Malam tu, Adi, kawan aku tu ajak g ronda. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Adi.

Kami berborak dan Adi ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang mengadap sultan konon-konon nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.

Adi hanya senyum dan aku malam itu sangat cabul. Aku usap-usap rambut ‘sultan’ dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.

“Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha” berdekah-dekah aku ketawa.

Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku
“Diperkenankan. Daulat tuanku”
Spontan aku tertolak mannuquien ‘sultan’ dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang
Dan terus aku lari memanggil Adi. Dan sempat aku pandang ke belakang,
Perlahan-lahan ‘Sultan’ itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.

KISAH 4

Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Adi mohon aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Adi, takut!

Ronda

Kira kira 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua patung dalam tu. Semuanya headless!
Cepat-cepat aku lihat Adi membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:
“Dah selalu ar aku kena Lan. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang. Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak ‘sultan’ tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan melaka..” Ujar adi
Dan aku memang terkedu mendengarnya.

KISAH 5

Malam tu aku download movie lagi. Nak cakap serik, tak jugak. Dah memang minat aku download. Padahal malam tu aku xde keje pun dalam muzium. Malam tu aku bawakan Adi KFC sebagai tanda terima kasih bagi aku lepak situ memalam.
“Bagusla ko datang. Takla aku sunyi sambil pelahap KFC” ujar Adi. Habis je makan, macam biasa aku teman dia meronda. Seram, tetapi kami buat tak tau je.
Sampai di bailarung istana tu, terkejut!

Kesemua patung-patung kepalanya mengadap ke belakang! Badan mengadap kami. Aku diam, rasa nak lari. Dan Adi suruh aku suruh betulkan balik. Katanya, ini keje aku utk jaga harta muzium dan pameran.
Adui! Perlahan aku melangkah tali keselamatan DILARANG MASUK. Aku terus ke patung ‘Hang Tuah’.

Perlahan-lahan aku pegang kepalanya dan semasa nak pusing. Memang ketat. Dan tiba tiba, mata ni menangkap sesuatu. Seakan-akan senyum dan matanya ke arah aku!
Arghhhh! Lari!
Adi lagi best. Lari dulu.

KISAH 6

Serik! Aku selepas kejadian malam tadi yg pusingkn kepala tu. Kena pergi ke muzium TLDM. Ada barang baru nak masuk, so aku in charge.

Jam 2 pagi, aku keluar masuk. Yang sebenarnya nak push OT. Sedang leka aku membelek-belek handfon, bunyi kaca pecah.
Cepat-cepat aku ke dalam. Sebab dlu ada kejadian anjing liar masuk.abis kena samak. Siap jahanamkan barang
Alangkah terkejutnya aku sewaktu itu, bunyi itu datang dari tengah muzium. Dekat pameran uniform polis dari dulu hingga sekarang. Yang ada dalam balang kaca tu bukannya patung.

Tetapi ada 6 ekor pontianak berambut panjang sedang berdiri tegak.
Pantas! Aku lari! Panggil kawan, ajak teman.

KISAH 7

Setengah org suka bila bos arahkan utk outstation. Tapi aku suke. Tapi bila tahu kene buat ujian radiasi utk pameran keranda di muzium negara. Lemah badan aku. Tp seronok dapat jalan-jalan.
Tiba di KL, satu keranda pun tak ada. Diorang kata malam nanti baru sampai. Tiba waktu malam, satu-satu keranda di bawa masuk dengan berhati-hati. Yang bestnya, ada seorang senior kurator di duduk kat pintu masuk kami selia urusan pindah masuk keranda. Khusyuk membaca ayat Qursi serta ruqyah. Serius, kami yang ada di situ seram.

Die hanya senyum dan berkata, benda ni orang yang dah pergi. Benar. Masa aku buat radi. (Utk nak tengok berapa lama artifak ni wujud) memang ada yang sampai 100 tahun.

3 hari pembukaan, takda apa yang terjadi. Aku masih di KL. Esoknya, hari ke 4 kawan aku yang bertugas kena.

Katanya ada satu bilik tu. Kacanya asyik berkabus bila malam hari. Padahal tak pasang aircond dan yang best sampai nampak peluh-peluh kat cermin. Tetapi bukan sejuk, tapi panas!
Kawan aku masuk, dia kata macam dalam oven! Bilik tu panas, kami talakan kipas pun masih panas. Bila siang, tak ada pun berkabus tingkap cermin. Alih-alih, kami buat diam je. Oh ye. Itu keranda batu orang asli.

KISAH 8

Masih setting pameran keranda. Ketika itu kawan aku ronda-ronda. Lalu di kawasan keranda zaman-zaman England. Zaman Victoria. tiba tiba berdikit. Bunyi macam pintu kayu di selak.

Kawan aku paling terkejut. Ada objek perempuan berpakaian corset dan dress zaman-zaman Victoria. Masuk dalam keranda tu dan sempat senyum kat member aku. Katanya kawan aku. Muka minah tu macam dalam cerita The Adam Family.

KISAH 9

Malam tu malam minggu. Aku pulak yang terkena.
Malam tu aku lepak dengan senior kurator, Haji majid. HM dia ni memang dah lama dalam dunia muzium dan arkelogi. Masa zaman punggah PerakMan.dia pun ada.

“Aku ni lebih ke arah sudut-sudut kerohanian. Benda dalam musium ni. Ada yang berpenjaga. Aku tau semua. Sebab aku banyak kali jmpa.”

KISAH 10

Last day aku di KL. Kena lagi malam tu. Masa tu ada HM. Macam biasa. Aku kene amik wuduk before nak sembang dengan dia.

“Senang nanti nak Yassin kalo jadi apa-apa”senyum je HM time bercakap hal ni. Masa nak pergi, kene lalu beberapa pameran. Selesai!

Depan pintu toilet. Ada keranda batu. Yang di susun-susun. Ada tangan berdarah-darah terkapai-kapai dari celah batu. Aku terus lari. Dengan selamba HM tegur aku
“Hahaha. Ko panggil semua kat depan tu. Penat aku tiap4 malam agkat kubur batu malam-malam. Suke benor berjalan nya.”

Aku menyumpah seranah dalam hati.

Ko kental Haji Majid
Ko kental!

Diceritakan oleh The Flash

READ MORE- muzium berhantu di melaka

Wednesday, 10 February 2016

ustaz Sharhan Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin

Tajuk macam berita pun ada kan?
Tak kisah lah. Yang penting, nak share banyak benda menarik yang Ustaz Sharhan dan Ustaz Rifki (ganti Ustaz Ismail) kongsi masa ceramah malam tadi.

Bermula dengan sedikit mukaddimah dari Ustaz Sharhan, semua hadirin yang dengar ceramah belajar cara-cara nak scan kalau-kalau ada gangguan. Ustaz kata, selalunya makhluk halus ni duduk antara tulang belikat kita. Tulang belikat tu dekat belakang kita ni ha. So, kalau nak tau orang tu ada gangguan atau tak, ustaz ajar genggam tangan kanan dan baca satu ayat yang sangat mudah ni.

"Bismillahirrahmannirrahim... Bismillahi Masya Allah..."

Tiup dalam genggaman tangan kanan tadi, then tepuk kat antara tulang belikat orang yang disyaki kena gangguan (jangan tiru aksi ini di rumah tanpa ilmu, kang sape nak tolong 'pegang' yang terkeluar].
Subhanallah. Ayat yang pendek dan ringkas tu, kalau kena dengan caranya dan dengan izin Allah, masa tu jugak Allah tunjukkan tanda-tandanya. Macam malam tadi, ada dua orang yang terus tunjuk tanda-tanda ada gangguan lepas kawan diorang tepuk belakang dengan ayat tu. Alhamdulillah, ustaz memang prepare krew dia awal-awal in case kalau jadi camni.

Then, ustaz share tanda-tanda orang tu kena gangguan, yang mana tanda-tanda tu dapat dilihat dalam tidur atau dalam jaga. Antaranya:

Dalam tidur:-

Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut.
Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
Mimpi benda-benda tajam.
Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
Mimpi salib.
Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
Susah tidur malam.
Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi tu (mewariskan).
Mimpi binatang.
Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang, then orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan.

Dalam jaga:-

Berdebar tanpa sebab.
Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
Sakit belakang, rasa berat belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mengantuk dalam majlis ilmu.

Ustaz pesan, kalau ada tanda-tanda kat atas ni, cepat-cepat lah tangani. Dan untuk mimpi-mimpi tu, hendaklah berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ni, kalau berlaku masa tadika, mimpi tu tak sah.

Ustaz Rifki pulak berkongsi tentang orang yang hantar sihir melalui Facebook. Haa...ada jugak ke??? Maksud ustaz kat sini, ada kes sebelum ni, isteri orang tu terkena buatan orang, tetiba tersuka dengan duda yang dia kenal kat Facebook padahal dia da bersuami da pun dan ada tiga orang anak. Sampai dah nak tinggalkan keluarga dia untuk ikut duda tu, lalu suami dia ajak dia berubat. Kalau betul isteri dia rebah masa berubat, sah lah kena buatan orang. Dan masa berubat tu, isteri dia rebah. Ustaz buangkan, then isteri dia sedar lalu peluk suami dia. Dalam dia kena buatan duda tu, dia sampai tahap failkan mintak cerai dah pun. Tapi dia tak ingat langsung dia pernah buat!

Bila ditanya-tanya, sebab kat Facebook dia ada letak gambar diri dia, Ustaz Rifki bagi soklan kat Ustaz Sharhan, boleh ke sihir dihantar sebab letak gambar kat Facebook?

Ustaz Sharhan cakap, ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Dengan gambar kat Facebook, orang yang nak hantar sihir tu boleh bagi gambar tu kat bomoh. Then jin belaan bomoh tu boleh bayangkan wajah orang yang nak disihir.
Naudzubillah. Maka sebab itulah, ustaz pesan, berpada-padalah nak berFacebook, hati-hati bila letak gambar diri sendiri (housemate saya kongsi, kalau nak letak, jangan letak gambar penuh dari atas sampai bawah, then kalau nak letak jugak, kaki kiri biar depan dari kaki kanan. Hurmm?)

Ada jugak yang tanya macam mana saka boleh diwariskan? Ustaz kata, saka ni boleh diwariskan dalam 7 keturunan, berdasarkan MoU nenek moyang kita dengan iblis. Saka boleh diwariskan dengan mengambil barang-barang si mati, sebab tu kalau orang da meninggal dunia, barang-barang dia elok diasingkan (ustaz buat lawak pasal kedai bundle pulak lepas tu). Dan antara tanda orang tu ada saka, dia akan pilih antara ramai-ramai cucu yang ada, sorang je yang dia nak tinggal dengan dia. Haa...jaga-jaga lah ek kot-kot nenek nak pindahkan saka.

Apepun, ilmu lain yang ustaz bagi, adalah ayat benteng untuk diri dan keluarga, elok untuk diamalkan setiap selepas solat. Ayat ke 57 surah Hud. Baca la untuk memohon perlindungan dari Allah. Untuk penyakit-penyakit hospital macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, amalkan baca surah al-Anbiya', ayat 83, bacakan dalam air dan minum.

Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh malam tadi. Banyak sebenarnya hikmah Allah turunkan al-Quran ni, ayat-ayat Allah juga lah yang benar dan nyata. Insya'Allah.

credit: www.sunahsukasakura.com

READ MORE- ustaz Sharhan Kongsi Tanda-tanda Terkena Sihir, Saka dan Gangguan Jin