MENU| Home | Facebook

Tuesday, 27 August 2013

asal usul jin

Jin dicipta daripada api iaitu lebih dahulu daripada manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hijr ayat 27 bermaksud:

"Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma"

Dan didalam Surah Ar-Rahman ayat 15 bermaksud :

"Dan ia telah menciptakan jin dari lidah api Yang menjulang-julang"

Dapatlah disimpulakn bahawa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia dicipta daripada tanah.Oleh itu jelaslah, penciptaan manusia adalah kemudian, tetapi tidak dapat diketahui secara tepat berapa tahunkan jarak penciptaan antara kedua makhluk ini.Ibn Basyar Al-Quraisyi di dalam kitabnya Al-Mubtada daripada Abdullah Bin Umar Bin Al-‘As, katanya : Allah mencipta Jin sebelum adam selama dua puluh tahun.

Ada pula pendapat lain yang mengatakan jaraknya selama 40 tahun.Walaubagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana tidak ada dalil daripada Al-quran atau hadis Rasulullah S.A.W.Memadailah kita mengatakan bahawa manusia diciptakan kemudian daripada jin.Jin adalah dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada tanah sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 12 bermaksud :
"Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."
READ MORE- asal usul jin

hantu muncul dalam drama korea


sesosok hantu muncul dalam adegan sebuah serial drama yang tengah populer di Korea Selatan, The Greatest Love. Semula, tak banyak memperhatikan. Namun, saat disorot dan diperbesar dari jarak dekat, para penggila internet melihat penampakan hantu itu.

Hantu ini teridentifikasi sebagai perempuan dengan rambut hitam panjang yang muncul sekilas. Dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go-jin, karakter utama pria yang diperankan oleh Cha Seung-won.

Para penonton mencatat, adegan mengerikan ini ada dalam episode 8 sinetron drama yang ditayang kan oleh stasiun televisi MBC itu. Para penonton menyatakan, kepala perempuan tanpa identitas ini hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.

Banyak komentar bermunculan berkaitan penampakan ini. “Mungkin drama ini akan mendapatkan jackpot.” Komentar lain, “Saya merinding melihatnya.” Tapi ada juga yang bilang, “Mungkin itu anggota kru yang berdiri di atas sesuatu.”
Apapun komentarnya, setidaknya, kemunculan itu memberikan berkah pada drama tersebut. Mulai episode ketujuh atau tayang pada 25 Mei lalu, drama ini berada di rating teratas di negri ginseng, Korea Selatan itu
READ MORE- hantu muncul dalam drama korea

Tuesday, 6 August 2013

Pernah 'Kena Tindih' Sewaktu Tidur? Apakah Ia Gangguan Makhluk Halus?

Anda biasa 'kena tindih' semasa tidur? Atau sekurang-kurangnya anda biasa mendengarnya dari kawan-kawan anda yang mengalaminya. Biasanya, 'kena tindih' semasa tidur dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Situasinya begini; semasa kita sedang tidur, ada jin datang dan menindih kita hingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh seketika dan separuh sedar. Apakah benar kita ditindih oleh jin atau diganggu oleh makhluk halus? Atau bagaimana? Untuk memahaminya, mari kita baca artikel berikut:


Petikan dari wikipedia:
Kelumpuhan tidur
Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri. Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.
Gejala dan ciri-ciri
Secara fisiologi, kelumpuhan tidur berkaitan dengan REM atonia, kelumpuhan yang berlaku sebagai sebahagian semula jadi bagi tidur mata gerak cepat (rapid eye movement, REM). Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM. tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak. Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit "dengan mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan tersebut adalah palsu". (diterangkan di bawah) Sebagai mana yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah sepenuhnya; penggunaan surih EOG menunjukkan pergerakan mata masih boleh berlaku semasa kejadian sebegini. Bila narkolepsi tidak hadir, kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated sleep paralysis, ISP).
Lagi, kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram atau (hipnopompik or hipnagogik) dan perasaan takut yang amat sangat. Ketakutan si pesakit terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada kejelasan husinasi yang dialaminya. Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar seseorang. Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi penculikan makhluk asing dan penemuan hantu. Satu kajian daripada Susan Blackmore dan Marcus Cox (kajian Blackmore-Cox) dari University of the West of England menyokong pendapat bahawa laporan berkenaan penculikan makhluk asing adalah berkaitan dengan kelumpuhan tidur berbanding kelabilan lobus temporal. [ms.wikipedia.org]


Berikut ini pula adalah artikel dari akhbar online Indonesia mengenai'kena tindih' semasa tidor: Sleep Paralysis, Penyakit Ketindihan Saat Tidur
Oleh: Innes
Pernah terbangun dari tidur, tapi sulit bergerak ataupun berteriak? Tenang, Anda tidak sedang diganggu makhluk halus.
Berdasarkan ilmu medis, keadaan itu disebut sleep paralysis atau kelumpuhan tidur. Namun, banyak masyarakat menyebutnya 'erep-erep'. Masyarakat juga selalu mengaitkan kondisi ini karena ulah makhluk halus yang menindih tubuh kita.
Fenomena ini bisa terjadi pada siapa saja. Setidaknya orang akan mengalaminya sekali atau dua kali dalam hidupnya.  Namun, Anda tak perlu khawatir, sleep paralysis biasanya tidak berbahaya.
Selama tidur, aktivitas dan otot-otot tubuh menjadi tidak bergerak, sehingga menyebabkan kelumpuhan sementara. Bahkan kadang-kadang kelumpuhan tetap ada setelah orang terbangun. Biasanya, kelumpuhan tidur diikuti dengan halusinasi. Orang yang mengalami kelumpuhan tidur merasa seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak.
Ketika seseorang tidur, aktifitas otak mengalami dua hal berbeda, yang disebut tidur aktif atau REM (rapid eye movement) dan tidur non-REM.
Non-REM selama tidur akan menghasilkan gerakkan selagi Anda tidur, seperti berbicara dalam tidur atau berjalan ketika tidur. Sedangkan REM akan mempengaruhi denyut jantung, laju respirasi dan tekanan darah ketika tidur.
Secara psikologis, sleep paralysis berhubungan dengan tidur di tahap REM, dimana setelah mengalami tidur REM, mata terbuka namun paralysis tetap bertahan.
Biasanya hal ini mengakibatkan halusinasi. Sleep paralysis terjadi sekitar 2-3 menit. Setelah otak dan tubuh berhubungan kembali, penderita dapat menggerakkan tubuhnya kembali. Namun, memori dari sensasi yang mengerikan atau mimpi buruk biasanya dapat bertahan lama
Secara fisiologis, penyebab sleep paralysis belum diketahui secara pasti. Sejauh ini, para psikologis memberikan gambaran umum mengenai penyebab terjadinya sleep paralysis, seperti kebiasaan tidur menghadap ke atas, pola tidur tak tentu, stress, dan perubahan mendadak pada lingkungan atau lifestyle. [ghiboo.com]
READ MORE- Pernah 'Kena Tindih' Sewaktu Tidur? Apakah Ia Gangguan Makhluk Halus?