MENU| Home | Facebook

Tuesday, 28 May 2013

MISTERI GUNUNG HITAM YANG BELUM TERUNGKAI

 Bismillahir Rahmanir Rahim
Pandangan Black Mountain ( Gunung Hitam ) dari jauh

Black Mountain atau Gunung Hitam yang terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri.

Sekali pandang, ia hanyalah gunung biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi, ular, kelawar dan sebagainya.

Namun disebalik zahirnya yang kelihatan biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai sehingga kini. Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan kesan atau hilang akal jika terselamat.

Pada Tahun 1877, seorang pengembara yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak ditemui lagi.

Hanya bangkai kereta kudanya yang ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.

Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka tidak diketahui nasibnya.

Kemudian seorang bekas komando diupah untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Bagaimanapun, masih ada orang yang berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.

Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.

Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan peralatan yang lengkap.

Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.

Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.

Dia seolah-olah kebingungan dan mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama, dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Pada tahun 1932 pula, seorang lagi didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.

Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan hutan di situ.

Pihak polis Cooktown kemudiannya menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah yang terdapat di gua itu.

Nyata semua usaha mereka gagal menemui sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.

Ada yang berteori mengatakan di gua itu terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.

Tiba-tiba seorang lagi pemuda di kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung Hitam.

Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan, pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.

Setelah satu jam, beliau pun ditarik keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap sebarang pertanyaan.

Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.

" Cahaya lampu masih tidak mencukupi untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak, hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar "

" Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis "

" Kemudian saya terdengar bunyi desis yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam "

" Saya mengeluarkan pistol yang di bawa, tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur hidup saya "

" Dalam keadaan genting itu, saya tidak dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada di pintu gua semula. "

Malangnya masih belum ada maklumat yang dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya. Dan cerita yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Merujuk kepada penduduk di situ pula, terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.

Terdapat mitos atau lagenda yang dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh mengubah dirinya menjadi mengkarung.

Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia. Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana didapati memakan daging kaumnya sendiri.

Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.

Manakala bagi penduduk-penduduk setempat pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.

Dalam pergaduhan itu. mereka melempar dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain. Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.

Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun dahulu.

Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah ! 

  Sumber :
READ MORE- MISTERI GUNUNG HITAM YANG BELUM TERUNGKAI

Ku Sangka Orang Gila (iktibar)

Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt..

READ MORE- Ku Sangka Orang Gila (iktibar)

Sunday, 26 May 2013

Gangguan Di Dusun Durian

Pertamanya, izinkan saya menggunakan samaran saya, iaitu Jelutupi @ Jelu, berasal dari Sarawak dan pernah mengirimkan sebuah cerita (Kisah mengkebumikan mayat) suatu ketika dulu. Saya ada sebuah lagi cerita seram / misteri yang diceritakan oleh rakan saya. Beliau meminta untuk dirahsiakan namanya. Begini ceritanya…

Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, AKAN ADA terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun.

Kebetulan pada masa cerita ini berlaku, waktu itu tengah musim durian. Jadi, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain, lebih kurang enam orang kesemuanya, bersiap-sedia untuk bermalam di dusun tersebut untuk memungut buah durian yang sudah masak untuk dijual. Di sini, kalau musim durian, memang laku. Kadang-kadang dapat keuntungan hingga ratusan ringgit sehari. Kami berenam, empat daripada kami agak muda, ditemani oleh dua orang lelaki yang agak berusia, setelah sampai di dusun tersebut, mula membersihkan ‘langkau’ (pondok) yang memang telah lama berada di situ. Kami mula membersihkan ‘langkau’ tersebut yang akan dijadikan tempat kami bermalam. Masing-masing mula menjalankan tugas sendiri. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyediakan tempat memasak, ada juga yang sudah mula mencari buah durian yang sudah jatuh.

Keseraman bermula apabila malam menjelma. Bayangkan kawasan hutan, yang jauh dari segala hiruk-pikuk, tiada bunyi kereta, tiada lampu jalan, hanya ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Kami berterusan bercerita antara satu sama lain. Seorang lelaki yang agak berumur, saya panggil dia Pak Jubang (bukan nama sebenar), tidak menyertai perbualan kami. Dia hanya berbaring di satu sudut, berbantalkan lengan. Sikap azali beliau memang begitu, tidak berapa campur dengan budak-budak muda, mungkin kerana usianya yang agak tua sedikit. Sedang kami berlima tengah rancak berbual, tiba-tiba kami terdengar bunyi semak seperti digoncang, seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bergerak. Kami terdiam, ingin mengetahui apakah benda tersebut. Kemudian terdengar lagi bunyi seperti orang sedang berjalan, seperti menyeret kaki di sekitar ‘langkau’ kami. Bunyinya begitu nyata sekali kerana di kawasan‘langkau’ tersebut dipenuhi dengan daun-daun yang kering.

“Skreeeeeepppp skkreeeeeettttt skkreeeeeeeppp”, agak-agak begitulah bunyinya.

‘Langkau’ kami, diperbuat daripada kayu, berdindingkan dan beratapkan daun nipah, hanya berlantaikan kayu. Lampu kami pada malam itu hanya lampu minyak tanah. Kedengaran lagi bunyi kaki diseret dan kali ini ditambah pula seperti seolah-olah ada benda meletakkan tangannya di dinding ‘langkau’ kami dan menyeret dari hujung ke hujung. Tiada siapa yang berani keluar pada masa itu. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba,

“Taaaammmmmmmmm!!!!!!”

Lantai kayu kami dipukul dari bawah. Kami semua terkejut! Masalahnya, ‘langkau’ tersebut dibuat bertiang, tetapi ruang di antara lantai papan kami dengan tanah tidak sampai pun satu meter, macamana boleh ada sesuatu masuk ke bawah dan memukulnya sekuat hati hingga hampir tercabut papan tersebut? Kami mula panik. Langsung saling berpandangan (nasib tidak berpelukan). Tiang ‘langkau’ kami kemudiannya seperti digoncang dari luar. Kami semakin ketakutan. Orang tua yang sedang berbaring tadi, setelah mendengar bunyi lantai dipukul, turut terbangun. Pada masa itu beliau bersuara sambil menggosokkan mata,

“Nama utai nya? (Apa benda tu)” kata beliau.

Kemudian beliau memerhatikan kami, dan saat itu juga beliau seolah-olah tahu apakah yang sedang terjadi. Kemudian beliau bingkas bangun dan mencapai parangnya seraya berkata,

“Heeiiisshhh… Ngacau mai utai tok (kacau betul lah benda ni)”.

Beliau kemudian terus keluar dari ‘langkau’, kedengaran seperti beliau sedang membaca sesuatu dan terus meletakkan parang beliau ke atas tanah betul-betul di depan pintu. Kemudian, dengan selambanya beliau naik semula ke atas, dan menghidupkan api rokoknya. Serentak dengan perbuatannya sebentar tadi, gangguan tersebut terus hilang. Berhenti seolah-olah api yang disiram air.

Kami mulai tenang, dan kami berlima mula bertanya dengan beliau, apakah benda yang mengganggu kami. Beliau menjawab, itu adalah ‘hantu koklir’, atau ‘kulir’, yang memang suka mengganggu manusia. Mungkin hantu ‘kulir’ ini adalah Pontianak dalam versi Iban.
Sekian, terima kasih...
READ MORE- Gangguan Di Dusun Durian