MENU| Home | Facebook

Thursday, 5 May 2016

Misteri Segitiga BORNEO


Pernah dengar Misteri Segi Tiga Borneo? Selalu dengar Segi Tiga Bermuda jer kan? Sekarang jom baca kisah Misteri Segi Tiga BORNEO pula - Suratan atau Kebetulan??

Bermuda Triangle atau Segi Tiga Bermuda, satu nama tempat yang mungkin tidak asing bagi rakyat di seluruh dunia. Misteri kehilangan kapal-kapal besar di kawasan yang dinamakan Segi Tiga Bermuda sudah tentu sering menjadi igauan ngeri bagi pelayar-pelayar yang melaluinya. Namun begitu, pernahkah kita terutama sekali rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan SEGI TIGA BORNEO?

Segi Tiga Borneo sememangnya wujud di Pulau Borneo iaitu kedudukannya adalah antara Bario. Pa’Lungan dan Gunung Murut di Sarawak Bumi Kenyalang. Yang membezakan Segi Tiga Borneo dengan Segi Tiga Bermuda adalah Segi Tiga Borneo kedudukannya di atas daratan dengan diliputi oleh hutan belantara dan gunung ganang manakala Segi Tiga Bermuda merupakan hamparan lautan yang luas.

Dan apabila memperkatakan kedudukan kawasan bergunung ganang dan hutan belantara sudah tentu Segi Tiga Borneo adalah satu yang menggerunkan untuk juruterbang-juruterbang kapal udara yang merupakan antara pengangkutan yang paling cepat serta kedua popular di Sarawak Bumi Kenyalang.

Menurut sumber, sejak pengangkutan udara diperkenalkan di Sarawak Bumi Kenyalang telah banyak kejadian kapalterbang dan helicopter terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Segi Tiga Borneo ini. Yang terakhir adalah pada tanggal 12hb Julai 2004 yang mana sebuah helicopter jenis Bell 206 Ranger kepunyaan Hornbill Skyways yang di dalam perjalanan untuk meninjau projek hidro elektrik yang membawa seorang Menteri Sarawak iaitu Yang Berhormat Dr. Judson Sakai Tagai telah terhempas di kawasan ini.

Kejadian ini telah mendapat liputan yang meluas dari media massa samada dalam atau luar negara. Ianya juga telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada masa itu dan hanya setelah 20 hari di dalam Operasi Mencari dan Menyelamat barulah bangkai helicopter ini ditemui. Yang menjadi misteri adalah di dalam operasi ini bantuan kepakaran daripada luar negara telah diperolehi daripada luar negara namun segala peralatan canggih dan moden tidak juga dapat membantu malah dikatakan tidak dapat berfungsi langsung.

Inilah antara kejadian misteri yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat. Dikatakan juga kejayaan operasi ini sebenarnya menemui noktahnya apabila bantuan mistik telah digunakan. Begitu “Keras” kawasan ini sehinggakan bantuan bomoh yang terkenal daripada masyarakat tempatan Ba’Kelalan telah digunakan dan akhirnya ia berjaya dilakukan.

Mungkin jampi serapah dan khidmat pengantara yang digunakan di dalam dunia mistik untuk berkomunikasi dengan penunggu hutan tebal di Ba’Kelalan telah membenarkan mata manusia biasa untuk melihat dimanakah kedudukan sebenar lokasi kemalangan. Hanya Tuhan yang maha berkuasa mampu mengungkaikannya…..

Bagi yang hanya mempercayai hukum logik daripada mistik, kawasan Segi Tiga Borneo dikatakan antara salah satu kawasan penerbangan yang cukup mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya.

Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.

Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang tidak menentu serta sukar diramalkan akan menambah derita pada mereka yang masih hidup. Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk.

Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang menghadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.
Inilah sekelumit kisah Misteri Segi Tiga Borneo yang kedudukannya terletak di Sarawak Bumi Kenyalang yang telah banyak “memakan nyawa” manusia sejak di zaman Koloni British lagi.

Segala kejadian mistik di dalam operasi menyelamat kemalangan mungkin juga adalah satu misteri atau mungkin juga satu suratan atau satu kebetulan di dalam kita memperkatakan hukum alam semulajadi di dunia ini.

Sesungguhnya hanya Tuhan yang maha berkuasa mengetahui segalanya dan kita sebagai hambanya haruslah bertawakal dan berusaha sahaja.

dipetik dari: Borneo Oracle
Sumber: billyinfo.blogspot.com
READ MORE- Misteri Segitiga BORNEO

kalah dalam menang-mawi ft syamsul yusuf

Ya Allah, Ya Rahiim (Siapa lebih berkuasa )
Ya Allah, Ya Rahiim ( Kau, Aku, atau Dia )
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan
Insan, berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapa pun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu
Mungkin aku mungkin kamu, wo wo
Kau katakan tunggu dulu
Kau belum lima puluh
Sedang kematian laju mengejar mu
Ahh! Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang
Kalah dalam menang
Hatimu takkan senang hey!

Aku bukan hinoptis
Bukan juga ISIS
Jauh sekali extremis
Aku hanya optimis
Hidup sarat protwist
Sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi hah
Inspirasi?
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar

Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

Yeah mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu jugak satu dakwah
Yeah orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Cobalah walaupun dosa dan kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar

Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

READ MORE- kalah dalam menang-mawi ft syamsul yusuf

Monday, 2 May 2016

kisah sebenar jaapar tonggek

Di kelantan perkataan zaman Jaapar tonggek (zaman Jaafar tongeng) sering dipersebutkan di bibir rakyat kelantan bagi melambangkan suatu yang sudah lama berlaku tp tahukah anda siapakah Jaafar ini dan apakah disebalik kisahnya?

kisah ini berlaku sekitar tahun 1999-2000an iaitu kira2 16 tahun yang lalu, iaitu melibatkan seseorang yang bernama Jaafar.

tidak dapat dipastikan kenapa ia digelar Jaapar tonggek oleh kalangan warga setempat, mungkin disebabkan fizikalnya.

kisah ini berlaku kerana Jaapar ini telah mengamalkan suatu ilmu sehingga beliau terpaksa meminum darah orang lain untuk melengkapkan ilmunya. tetapi kebanyakan mangsanya adalah dikalangan kanak-kanak yang berjalan sendirian, beliau hanya akan meminum sedikit daripada darah mangsanya sebelum membenarkan mangsanya pulang ke rumah.

Juga dikatakan beliau akan memukau kanak-kanak tersebut sebelum menjadikannya mangsa sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut pulang tanpa mengingati segala kejadian yang berlaku.

tidak dapat dipastikan sudah berapa bilangan mangsa yang berjaya ditangkap kerana mangsa tidak mengingati apa yang berlaku dan berlagak seperti biasa bila pulang, hanya sesetengah kanak-kanak sahaja yang mengingati bahawa darahnya diambil oleh Jaapar dan menceritakan kepada ibubapa.

disebabkan kejadian ini ramai kanak kanak takut untuk ke sekolah jika sendirian oleh itu pihak kampung telah memanggil bomoh yang hebat supaya menghalau Jaapar daripada kampung kerana penduduk kampung sukar untuk menangkapnya.

menurut cerita bualan mulut orang kampung bomoh tersebut mengunakan sireh dan pinang dengan bacaan ayat ayatnya dia membaling (ada sesetengah cerita mnyatakan meludah) bahan tersebut mengenai tubuh Jaapar lalu beliau mengerang kesakitan lalu ghaib dari pandangan.

sejak daripada hari itu kelibat Jaapar tonggek tidak lagi kelihatan, kemana dia pergi dan mencari mangsanya yang baru tidak diketahui, mungkin selepas.peristiwa itu beliau masih lagi mencari mangsanya tp di kawasan yang lain atau mungkin beliau tidak terselamat dalam pertarungan tersebut.

beberapa lama kemudian penduduk kampung menutup kisah Jaapar tongek shingga tidak lagi diingati oleh warga kampung tetapi ada warga yang mengungkapkan perkataan zaman Jaapar tonggek bagi merujuk pada kisah Jaapar tonggek yang sudah berlalu sehingga perkataan itu disebut sebut oleh generasi baharu tanpa mengetahui kisah yang sebenar.

benar atau tidak anggaplah ia hanya satu cerita dan hanya mangsa dan penduduk kampung sahaja yang dapat menilai kesahihan cerita ini.

*Admin meminta maaf jika cerita ini mengingatkan kembali kisah yang telah ditutup dan menganggu sensitiviti masyarakat.

gambar hiasan

READ MORE- kisah sebenar jaapar tonggek