MENU| Home | Facebook

Monday, 28 March 2016

Balai polis gombak lama,jalan lama ke bentong,pahang





Aku ni sangatlah tension untuk semester ni,so aku tak ada tempat nak release tension,jadi semalam,leader team wujud message aku yang team dia nak pergi balai polis gombak lama.Aku pon rasa macam dah lama tak buat benda camni,jadi aku pon nak jugak follow dieorang sebab aku pernah jugak cari balai polis gombak lama ni,tapi tak jumpa.Walaupun aku duduk dekat gombak,aku dah cari balai polis lama ni,tapi tak jumpa,rupanya setiap kali aku lalu situ,setiap kali aku terlepas pandang balai polis gombak lama ni sebab aku terpedaya dengan signboard ni








Semalam,aku dan housemate aku,Fiza,bertolak dari shah alam pada jam 11 malam dan yang menyakitkan hati aku adalah dah malam-malam pon jammed gila dekat highway.Yang aku nak sakit hati ialah kereta aku manual.so bila dah jammed kaki aku akan kejang,Memang nikmat rasa itu.Aku sampai di wangsa maju jam 12.20 tengah malam,Kiteorang jumpa team wujud disana.Sebelum bertolak,Leader team wujud iaitu Seth,suruh kiteorang pakai kasut sebab dia cakap tempat tu hutan and takut ada pacat.Lebih kurang jam 1 pagi,Kiteorang gerak ke balai polis lama gombak,dalam kereta Seth banyak cerita tentang pengalaman dia sepanjang jadi paranormal team.Balai polis gombak lama gombak terletak di jalan lama nak ke bentong.Tau dak?Ala jalan yang akan bertembung dengan genting sempah tu?Jalan yang nak ke mimaland?taktau jugak?carilah sendiri kalau ada masa.*hehe





Dalam jam 1.30 pagi kiteorang sampai dekat balai polis gombak lama,tiba-tiba dekat ada sami india datang dengan kawan dia.dan dia cerita pasal kawasan ni,dia cakap baru-baru ni,ada orang korea hilang dekat kawasan ni,tak jumpa lagi,kereta orang korea tu ada kat apartment,tapi orangnya tak ada.Lagi satu dia cakap dulu ada orang junggle tracking dekat hutan kawasan ni and tak jumpa jalan balik.Wallahualam.Lagi satu cerita,team wujud cakap,dulu berdekatan dengan kuil india,ada orang indonesia mati dibunuh and pada waktu malam salah sorang team wujud pernah nampak seorang perempuan duduk ditengah jalan,dipercayai orang indonesia yang mati tu,Sami tu pon cakap yang dia pernah nampak hantu dekat kuil dia sendiri.

















Selepas dengar cerita sami tu,kiteorang baca ayat kursi,ayat 3 qul dan surah al fatihah,barulah kiteorang masuk,Seth cakap dekat situ banyak pontianak.Balai polis gombak lama ni dibina bagi mengawal kawasan di zaman komunis,Lama jugak kan balai polis ni?Jom tengok gambar yang telah aku snap.Seth and the geng ada nampak benda dekat kawasan hutan.Kiteorang terus snap gambar macam biasa.Lepastu pada jam 2.30pagi, team wujud tinggalkan akuFiza dan Rara dalam balai polis gombak lama selama setengah jam bertemankan lilin,walkie talkie,pengesan haba dan satu torchlight.















dan dan je kau nak gtau yang kau nak melepak dekat tingkap kan








Ehem memang seram tempat ni,selama setengah jam kiteorang decide untuk
jalan sekitar balai polis ni,ada rak kasut lama,ada tangga buluh,tulisan dan contengan jangan cakapla kan.Memang banyak,lepastu kiteorang pergi ke kawasan belakang balai polis untuk tangkap gambar kawasan hutan bersebelahan balai polis,tiba-tiba aku rasa dekat ada benda perhatikan kiteorang dekat belakang aku,benda tu disebalik dinding.entahlah mungkin perasaan aku je kot.





Kiteorang masuk balik dalam bilik yang ditinggalkan tadi,kiteorang dengar ada satu bunyi,yang mengekek-ngekek.Aku cakap mungkin binatang?Fiza yang tak puas hati terus buat bunyi sebanyak 2 kali dan sekali tu sebijik benda tu balas balik bunyi yang fiza buat,bukan gema,tapi jelas kami dengar yang benda tu mengajuk bunyi yang dibuat fiza,bunyi ketawa,Kalau haiwan,kenapa kawasan hutan tu tak bergerak?Statik je,pokok tak bergoyang langsung,sebab dari situ kiteorang dengar bunyi tu.Bila team wujud turun untuk tengok kiteorang dan Fiza lagi sekali buat bunyi yang sama,tak ada lagi balasan dari benda tu.Kiteorang pon tak berani nak lebih-lebih sebab tempat benda tu kan.



kiteorang round lagi kawasan balai polis gombak,tengok tempat latihan polis zaman dulu,ala aku dapat snap sikit je,mungkin yang lain dah musnah kot,oh tak silap aku ramai yang mati di kawasan balai polis ni,Lepas dah puas hati,kiteorang naik dekat atas dan dieorang nak pergi kawasan kuil pulak.Masa kiteorang tengah lepak kawasan kuil,boleh pulak seth and kawan dia,nampak benda tu atas pokok dan kejar benda tu.Hadoi,aku yang tengok aku yang gelabah sambil tu aku ikut sekali sebab aku nak tengok amende,tapi tak dapat sebab benda tu hilang serta merta,team wujud ni memang suka bab kejar-kejar hantu ni.


Aku nak pendekkan cerita boleh?Kiteorang lepak dekat satu tempat ni dan kiteorang jumpa satu kereta dalam gaung.Ala penatlah nak habiskan cerita ni.Ending cerita ni macam filem hindustan,last-last inspektor sahab a.k.a polis dan bomba datang untuk menyelamatkan keadaan.


P/S:Aku nak kbai sekarang.Aku banyak kerja.Owh hati-hati ye tidur malam ni sebab mana tau pocong kacau?Tunggu cerita aku tentang pocong semasa korang tidur pulak lepas ni.KBAIBAI.


Kalau rasa anda berminat nak jumpa team paranormal yang sedang meningkat naik ni,sila like page ini wujud paranormal team.Dieorang sangat friendly and best.Lepasni ada aktiviti lagi aku nak join lagi.ehehe.BAI semua,kirim salam mak ayah.*tibe2


Akhir sekali aku nak cakap:











READ MORE- Balai polis gombak lama,jalan lama ke bentong,pahang

KISAH BENAR! Penumpang Misteri Van Jenazah





Van jenazah dipandu Epin menderu laju meninggalkan Felda Tenggaroh 1, menghala ke bandar Kota Tinggi pada 2 September 2013, kira-kira jam 3.30 pagi.









Selepas menghantar jenazah ke Felda tersebut, Epin mahu segera pulang ke rumahnya yang terletak di bandar Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan pulang pagi itu agak sepi. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan di antara Johor Bahru ke Mersing.
Hanya sesekali van jenazah dipandu Epin berselisih dengan kereta atau lori-lori kenderaan berat.
Setengah jam memandu seorang diri dalam keadaan bosan, tiba-tiba Epin dikejutkan dengan deringan telefon. Cepat-cepat dia menjawab panggilan daripada isterinya itu.
"Abang kat mana? Balik tak?", tanya isterinya.
"Dah hantar jenazah. Ni on the way balik," jawab Epin lalu menamatkan perbualan.
Tapi, sebaik telefonnya diletakkan di kerusi sebelah dan melalui sebuah selekoh tajam di kilometer 46.5, tiba-tiba Epin tergamam.
Manakan tidak. Di depannya kelihatan sebuah kenderaan berada di laluan bertentangan selepas hilang kawalan. Kenederaan itu bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum berpusing-pusing beberapa kali.

Sepantas kilat kaki Epin menekan brek. Serentak tangannya menyentap stereng ke sebelah kiri, mengelak dari bertembung kenderaan tadi. Bunyi tayar menjerit mencengkam jalan.

STREEETTTTT.... DAMMM!

Suasana sunyi sepi. Badan Epin menggeletar. Jantungnya berdenyut kencang.

Akibat cuba mengelak kenderaan tadi, van jenazah dipandunya terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang jalan.

Bila keadaan sudah tenang, Epin cepat-cepat keluar dari van jenazah tersebut. Baru dia tahu rupanya, van jenazahnya sudah tersadai di atas pembahagi jalan.

Epin meninjau keadaan sekeliling mencari kenderaan yang terbabas tadi.

Tapi, Epin pelik. Kereta yang terbabas dan hampir melanggar van jenazahnya tiada di situ! Yang ada hanya van jenazahnya saja.

""Pelik. Mana pula perginya kereta tadi?", soalnya hairan sebab yakin kenderaan itu betul-betul terbabas dan mereka hampir berlanggar.

Disebabkan van tidak boleh bergerak dan handphonenya tercampak ketika kemalangan, Epin gagal menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan.

Epin berdiri di tepi jalan. Niatnya mahu meminta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain.

Tapi, selepas hampir 20 minit menunggu, sekali lagi Epin terasa pelik.

Hampir 20 buah kenderaan telah melalui kawasan itu dan sudah hampir 10 buah kereta ditahan tapi peliknya tiada sebuah pun yang sudi berhenti menghulur bantuan.

Lebih pelik, semua kenderaan itu berlalu begitu sahaja seolah-olah langsung tidak nampak kemalangan yang berlaku.

"Mustahil tak nampak. Tepi jalan saja. Biasanya kalau ada kemalangan, mesti kereta slow. Ini semuanya laju. Tak nampak ke?", bisiknya dalam hati.

Akhirnya selepas 20 minit, sebuah kereta berhenti dan bertanyakan kemalangan yang berlaku. Pantas Epin meminjam telefon pemandu tersebut lalu menghubungi rakannya meminta bantuan.

Setengah jam kemudian, rakannya tiba bersama trak penunda. Sebelum van jenazah ditunda, pemandu trak merakam gambar van tersebut terlebih dahulu.

Gambar itu dirakam sebagai bukti van tersebut terlibat kemalangan apabila pihaknya mahu menuntut insuran nanti.

Dua hari kemudian, Epin terima panggilan daripada pemandu trak penunda tersebut.

"Epin...dah tengok gambar van accident tu? Ada benda dekat van tu", beritahu lelaki tersebut melalui telefon.

Lantas tanpa berlengah, lelaki tadi menghantar gambar dirakamnya ke telefon bimbit Epin. Sebaik melihatnya, Epin terkejut.

Gambar itu menunjukkan ada rambut panjang mengurai keluar melalui cermin belakang van tersebut.

"Hiss... rambut siapa pula? Macam mana boleh ada", bisik hati Epin tertanya-tanya.

Lagipun dia yakin ketika meninjau keadaan van bersama rakan-rakan yang datang membantu, tiada siapa yang perasan kemunculan rambut tersebut.

Selepas melihat gambar itu, Epin mula percaya. Dia yakin, kelibat kereta terbabas dan hampir melanggarnya bukanlah kereta sebenar seperti disangkanya. Sebab itu, 'kereta' tersebut ghaib begitu sahaja.

Sebaliknya, apa yang berlaku disebabkan ada 'sesuatu' yang aneh mengganggu perjalanannya selepas menghantar jenazah.

Lagipun, kalau hendak kata dia mamai, berkhayal atau mengantuk, agak mustahil. Sebabnya, dia baru sahaja bercakap dengan isterinya.

Satu lagi, Epin juga teringat kejadian pelik yang berlaku sebelum dia mengambil jenazah di hospital sebelum kejadian.

Apabila tiba di hospital, Epin terus masuk untuk uruskan dokumentasi menuntut jenazah.

Sebaik selesai dan berjalan ke bilik mayat, salah seorang rakannya yang bertugas sebagai kakitangan hospital malam itu menegurnya.

"Abang, kenapa van ni bau busuk sangat?"

Busuk? Apa yang busuknya? Epin jadi pelik mendengar pertanyaan rakannya. Bila masa pula vannya berbau busuk?

Dia datang ke hospital dengan van itu dan tidak pula dia terhidu sebarang bau busuk atau kurang menyenangkan ketika memandu tadi.

Dek perasan ingin tahu, Epin terus pergi ke vannya. Memang betul, sebaik mukanya dijengah ke dalam van, serta-merta bau busuk menerpa hidungnya.

Fuhh! Bau itu begitu busuk hingga tekak terasa loya. Bagi Epin, baunya seperti nasi basi yang ditinggalkan terperap semalaman dalam kereta.

Mulanya Epin cuba mencari bau tersebut, tapi selepas puas selongkar, dia sendiri tidak pasti dari mana bau itu muncul.

Tapi, apa yang membuatkan Epin lebih pelik, selepas van jenazahnya terlibat dalam kemalangan, serta-merta bau busuk tadi juga hilang.

Bila teringat semua kejadian tersebut, Epin mula tertanya-tanya. Adakah bau busuk seperti nasi basi itu sebenarnya datang daripada makhluk yang menumpang vannya sehingga gambar rambut makhluk itu berjaya dirakam?

Atau, adakah angkara makhluk itu juga, dia terlibat kemalangan?

*Epin dalam cerita di atas ialah Khairul Ariffin Harun, salah seorang pemandu van jenazah di Pejabat Agama Kota Tinggi, Johor.

Sumber: Sentiasapanas.com
READ MORE- KISAH BENAR! Penumpang Misteri Van Jenazah

Kisah Benar Terjumpa Pocong

Malam Jumaat datang lagi!! Bila tiba malam Jumaat, teringat masa kecil-kecil dulu, bila saja datang malam Jumaat, kami adik beradik selalu bercerita tentang hantu. Entah bagaimana datangnya tahyul ni tak taulah: mengapa malam Jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada dalam mana-mana nas ke bila tiba malam Jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai mencari dan mengusik manusia?

Tapi yang JR nak ceritakan ini ialah pengalaman JR sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan secara kebetulan ia terjadi pada malam Jumaat:

JR walaupun berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar. Apa yang JR nak ceritakan ini ialah satu peristiwa beberapa tahun dahulu di mana ketika itu JR bekerja di Kangar, Perlis. Setiap hari JR berulang dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik 100 kilometer). Kadang-kadang kerja JR memerlukan JR pulang lewat ke rumah, sebab boss JR suka buat mesyuarat waktu malam. Boss JR suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, JR terpaksalah tunggu di pejabat.  Lepas semua orang pulang dari pejabat jam 5.00 petang, tinggallah JR seorang diri di pejabat hingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari PA boss beritahu malam ini boss panggil mesyuarat. Ala, boringnya, mesyuarat waktu malam lagi, gerutu hati JR. Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam. 

Malam itu yang paling tak seronok ialah boss datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi boss  datang jam 10.30 malam. Tapi apa nak kata, boss always right!!

Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, boss jemput semua yang hadir menikmati supper. Tapi JR terus blah, tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Orang Kangar tak apalah rumah mereka cuma sejengkal dari pejabat, tapi JR terpaksa membelah malam sejauh 50 kilometer untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa bila mengenderai kereta seorang diri, JR akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali ikut menyanyi. Menyanyi tu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin kurang. Bila tiba ke pekan Air Hitam, JR perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang JR. Kira-kira 2 kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam kereta JR dipandu melalui sebuah kawasan sawah yang agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku...

Tiba-tiba JR terdengar seperti suara gemersik dari sawah sebelah kanan JR. Bila diperhatikan ke arah bunyi suara itu, JR ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah sawah menuju ke kereta JR. Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. JR tidak nampak dengan jelas wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan JR ketika itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan menyebabkan JR terpelanting masuk ke dalam sawah. Akhirnya JR nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila JR nelanggarnya. Ketika itu JR berkata dalam hati: habislah kereta aku!!

JR mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta  setenang mungkin. ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang JR lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru JR pergi periksa kereta JR yang baru melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya JR tak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa ke benda yang JR langgar tu?

Esoknya setibanya di pejabat, JR menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat. Seorang pemandu pejabat yang sering melaui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke dalam sawah. Ramai yang pernah  tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas melihat benda-benda itu. 

Mujurlah JR telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba mengelakkannya mungkin nama JR akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di kawasan itu....
READ MORE- Kisah Benar Terjumpa Pocong