Gempar!!
apabila seorang tukang kayu yang sedang membaiki syiling di sebuah
asrama ternampak satu lembaga sedang berdiri di atas syiling tersebut,
lalu dia merakam imej lembaga itu.. menurut tukang kayu itu lembaga yang
berjaya dirakam itu berukuran dalam 15 sentimeter tinggi seperti sedang
bergayut dan memerhatikannya.. Baru kali inilah Nh tengok gambar HANTU
PELESIT ni, biasanya kalau nampak pun pelesit tu macam biasa jelah, tapi
gambar ni lain dari yang lain... jom kita tengok dulu...
Bila Nh tengok betul-betul nampak macam anak patung lah pulak.. ermm.. wallahualam..
Setelah berjaya
merakam gambar HANTU PELESIT ni tukang kayu tersebut menunjukkannya
kepada seorang pengamal perubatan tradisional... baca petikan dibawah
ini..
Pengamal
perubatan itu bekata, pelesit di gunakan sebagai alat perantaraan dan
boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal
perubatan yang mengamalkan ilmu sihir..
Pelesit ini mempunyai keluarga sendiri, kadang-kadang ianya bertiga dan adakala ia hidup berlima..
"Pelesit juga
mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan
atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir" katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria. "Secara umum, pelesit bukanlah satu mahkluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping. Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai" katanya..
Pagi tu selepas membantu pembantu kedai membuka kedai dan
mengemaskini barangan jualan,aku bergegas ke kedai workshop untuk
menukar “radiator” hawa dingin kereta yang rosak beberapa hari lalu.Aku lihat jam handset menunjukkan pukul 11 pagi.Aku
terasa lapar, baru aku ingat aku belum sarapan lagi.Sebelum masuk ke
simpang menuju workshop kereta itu yang jarak nya hanya 100 meter dari
jalan besar, aku lihat seorang budak lelaki berumur lebih kurang 20an
menjual kelapa muda,air kelapa dan jambu batu,di seberang jalan
berhampiran dengan simpang yang saya tuju.Dalam
hari berkata “Kalau kena kelapa muda ok jugak lah ni sebagai ganti
sarapan”.Sebaik sampai di workshop kereta saya memberitahu foreman
tentang kerosakan “radiator” hawadingan kereta saya.Setelah berunding
tentang harga saya duduk di kerusi tetamu yang di sediakan di workshop
itu sambil membelek-belek majalah yang kebetulan ada di atas meja berhampiran.Hanya
selepas kira-kira setengah jam,perut saya mula memberi “signal” minta
di isi,maka secara sepontan saya budak yang jual kelapa muda di tepi
jalan berhampiran dengan simpang masuk ke workshop itu.Oleh kerana jarak antara workshop ke canopy yang menjual kelapa muda itu tidak berapa jauh,saya berjalan kaki sahaja.Lagi pun kereta sedang di baiki. Sebaik meninggalkan workshop, saya melihat kearah canopy yang
menjual air kelapa tadi;saya jadi pelik dan keliru kerana canopy yang
saya lihat di tepi jalan tadi telah tiada.Saya
menggap apa yang saya nampak seperti canopi menjual kelapa muda tadi
hanyalah ilusi di sebabkan keinginan untuk meminum air kelapa muda. Oleh
kerana kedai makan yang terdekat jaraknya lebih kurang 300 meter dari
workshop,saya membatalkan niat saya untuk mencari air atau makanan,lalu
kembali semula ke workshop. Jam sudah menunjukkan pukul 1-00 tengah hari.Semua foreman dan pekerja-pekerja workshop itu berhenti makan.Jadi keinginan untuk mengisi perut timbul semula.Oleh
kerana jadi minum kelapa muda tadi saya berhajat menapak ke restaurant
terdekat dengan workshop itu,walau pun jarak nya agak jauh.Sebaik keluar
dari workshop saya nampak canopi warna kuning hijau yang saya lihat
sewaktu saya mula-mula datang ke workshop tadi.Saya terkejut kerana baru 40 minit sebelum ini saya tak nampak gerai yang menjual kelapa muda tu,tiba-tiba sekarang gerai tu ada pulak.Pelik.
Saya tidak berlengah-lengah lagi pergi ke gerai tersebut dan memesan
sebiji kelapa muda sambil meletakkan punggung saya di bangku yang di
sediakan. Saya bertanyakan kepada budak penjual kelapa muda tersebut
kalau-kalau dia ada menutup gerai nya hari ini antara pukul 11.30 hingga
pukul 12.00 tengah hari.Dia
menyatakan dari mula-mula buka gerai hingga waktu saya datang minum dia
ada di situ tidak kemana-mana.Persoalan nya kenapa saya tidak boleh
nampak gerai nya pada waktu tu? Sambil minum air kelapa muda kepala saya berpusing memikirkan
bagaimana dalam masa hampir satu jam saya tidak boleh nampak gerai tersebut.Tiba-tiba
saya teringatkan seorang pelanggan yang menghantar isteri nya untuk
memilih pakaian di kedai saya.Kebetulan waktu tu tak sibuk
sangat.Pembantu saya melayan isterinya memilih baju,sementara si suami
tadi berdiri di luar berhampiran dengan saya.Beliau bertanyakan saya,”
sudah berapa lama berniaga disini?’ Saya jawab secara jujur “dah hampir 4
tahun dah dek” secara sepontan dia berkata kepada saya ” Bang,….janganlah nak melawak bang,saya tempat ni
paling kurang dalam seminggu sekali mesti saya datang untuk beli barang
di sini, dan kadang-kadang tu dua kali seminggu.Saya tinggal berhampiran dengan tempat ini.Saya
hairan kenapa saya hanya nampak kedai abang hari ni je?Sebelum ni saya
tak pernah nampak pun!”.Saya katakan padanya, inilah angkara
sihir.Tujuan nya memang untuk membuat semua orang tidak nampak kedai saya.Kalau
nampak pun tak ada hati nak masuk,apa lagi nak beli,jelas saya
lagi.Pelanggan tu diam.Nampak macam faham dengan penjelasan saya tadi. Sekarang ini baru saya tahu dan alami sendiri kesan pelalau
perniagaan terhadap perniagaan saya sendiri dan terhadap perniagaan
orang lain.Patutlah selama ni orang kurang masuk ke kedai saya
berbanding dengan kedai pendatang Pakistan tersebut. Rupa-rupanya ayat Haikal yang saya amalkan selama ini hanya melindungi diri saya dan keluarga sahaja dari angkara sihir.Kesan
pelalau masih ujud lagi di kedai saya.Dengan kaedah scan tertentu saya
dapat kesan pelalau di hadapan dan di tepi sebelah kiri kedai
saya.Selagi “benda” ini tidak di buang selagi itu lah akan ada pelanggan
yang tidak nampak kedai saya,atau paling kurang tidak berminat nak
masuk kekedai atau nampak kedai saya macam tutup sahaja. Pelalau yang di “letakkan” di hadapan kedai saya ni agaknya
amat mudah di lakukan oleh pengamal pengamal sihir.Sebaik saya buang di
waktu pagi waktu petang ada lagi yang baru pula.Kadang kadang tu sampai 3
kali buang dalam sehari, baru lah perniagaan saya aman sedikit. Selain dari menghantar pelalau di hadapan kedai supaya orang
kurang berminat nak masuk kedai,orang “fuckistan” yang creative ni
pernah mengupah dua orang India tempatan dan seorang Cina ( mungkin Cina
ni mengikut je kot,kerana dia tak masuk pun kedai ) datang ke kedai dan
menyamar sebagai pelanggan.Waktu tu lepas baru lepas Maghrib sekitar 8.00 malam.Dua orang India ini berpura-pura tanya harga baju perempuan.Saya
yang tidak fikir apa-apa melayan mereka ini seperti pelanggan
biasa.Sebaik bertanya harga dua tiga jenis baju kurung mereka
keluar.Sebaik mereka keluar dari kedai,saya secara tak sengaja “terscan”
barang yang di tinggal,kerana selepas itu dua orang memasuki kedai tak
jadi nak beli apa-apa,walau pun awalnya dah bersetuju dengan harga
barangan yang di pilih.Rupa-rupa nya barang yang di tinggalkan tu adalah merupakan air sahaja.Cuba bayangkan India tu masuk memakai kasut “industry” yang bertapak tebal.Bila saya tengok kesan tapak kakinya terdapat 4 kesan tapak kasut basah menghala keluar kedai.Waktu masuk tidak meninggalkan apa-apa kesan pun.Bila saya dah tahu ada “benda” senanglah sikit kerja.Satu nafas pun cukup untuk sapu benda tu.Lepas tu business back to normal.