MENU| Home | Facebook

Monday, 17 February 2014

KISAH BENAR USTAZ SAKSIKAN HANTU RAYA JILAT AIR MAYAT TUANNYA





Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.Melayukini.net ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandianmayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?





Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.


Suausana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful
.
Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.


Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.


Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya.


Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu.


Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.


Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan.


Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu.


“Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya.


“Adalah lima bulan,” balasnya sayu.


“Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo.


Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo.


“Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga.


Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo.


Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas.

Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.


“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang.


Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut.


Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.


Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat.


Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.


Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya.


Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya.


Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT.

Sumber : email
READ MORE- KISAH BENAR USTAZ SAKSIKAN HANTU RAYA JILAT AIR MAYAT TUANNYA

Monday, 13 January 2014

Cara Memagar Rumah dan Kawasan

(Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)
  1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.
  2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.
  3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.
  4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYAdimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.
  5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.
  6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.
  7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.
  8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.
  9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.
CARA ‘MEMAGAR’ KAWASAN RUMAH.
Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.
  1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy).
  2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).
  3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.
  4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.
Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?
Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:
  1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.
  2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.
  3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.
  4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.
Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?
  1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.
  2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.
Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?
Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.
Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya?
  1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.
  2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa : “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”
  3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.
Sumber: Abu Zulfiqar
READ MORE- Cara Memagar Rumah dan Kawasan

Tuesday, 7 January 2014

Harian Metro Sahkan Jasad Bayi Terapung


Harian Metro Sahkan Jasad Bayi Terapung | Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.
ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.


Penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, mendukung jasad bayi di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah Melaka sambil diperhatikan penduduk setempat. Jasad bayi kelihatan seperti terapung manakala sebelah kaki dilihat muncul dari antara kelangkang Abdul Ghani.


Penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, meletakkan jasad bayi berusia puluhan tahun tetapi masih elok itu ke tanah untuk dibetulkan kafannya. Kaki misteri pada gambar pertama sebenarnya kaki seorang remaja berbaju T kuning berbelang hitam yang terlindung oleh tubuh Abdul Ghani.

Abdul Ghani mendukung jasad bayi manakala remaja berbaju belang terbabit beredar ke tepi jalan raya.



Penduduk setempat memerhatikan seorang pemuda menggali liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang.



Jasad bayi dikebumi semula.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.
READ MORE- Harian Metro Sahkan Jasad Bayi Terapung