MENU| Home | Facebook

Sunday, 9 June 2013

Misteri Alam Bunian part 3



''Mak!! mak!! kawan zana nak pinjam telekung lah, kawan zana nak solat'' zana memanggil ibunya yg baru sahaja selesai solat.. ''mana kawan zana tu mari tunjuk dekat mak''  jawab ibunya hendak menduga.. zana pula seolah2 menarik tangan kawannya itu.. '' ala, dia malu lah mak dia taknak jumpa mak'' zana kemudian berlalu pergi...





itulah salah satu gangguan yg dialami oleh zana, anak saudara aku.. zana boleh melihat benda2 yg kita tak nampak dengan mata kasar.. kadang2 zana rasa dia sentiasa diekori sesuatu.. ada yg ingin berdamping dengannya.. kesian zana, emosinya seringkali terganggu dek kerana gangguan itu...


ada sekali akak aku terdengar zana berbual2 sorang diri di halaman rumah..''Awak jangan lah naik..badan awak dahlah berat.. zana tak kuat nak kayuh basikal ni'' tiba2 bulu roma akak aku meremang bila mendengar perbualan zana.. masa itu akak aku sibuk menyapu sampah.. terus akak aku tanya dengan sapa dia bercakap?? '' ni... budak ni kawan zana, dia dah lah berat, nak tumpang basikal zana pulak mak.. jawab zana.. budak kecil yg belum tahu apa2.. '' wei!! tolonglah!!!... jangan ganggu anak aku!!.. kau pergilah jauh2.. dan sepantas kilat akak aku menarik zana masuk ke rumah... zana pula ketawa dan mengejek2 kawan dia tu.. '' ''padan muka kena marah dengan mak aku...hahaa...'' banyak lagi benda2  yg pelik zana boleh lihat..tapi tak semua yg diceritakan kpd kami.. kadang2 zana termenung sendiri.. melayan perasaannya... entah apa yg difikirkan...




adakala akak aku rasa tertekan dengan gangguan yg dialaminya, ada masanya juga dia rasa seram yg amat sangat, tapi bila di fikirkan yg dia sama2 mahluk ALLAH, akak aku redha.. pernah ketika akak aku tidur dia rasa katil dia seperti ada orang sedang duduk.. cepat2 dia keluar dari bilik tu... pada hari yg lain pula bila akak aku di dapur nak memasak, akak aku terbau aroma kopi yg sangat harum, sedangkan akak aku tak ada pun bancuh kopi?? akak aku hanya diam dan buat tak tahu saja..


gangguan ini penah kami alami ketika berkunjung kesini.. yang paling kerap kami dengar orang sedang berjalan.. ''prap, prap, prap'' bunyi lantai dipijak.. sedangkan masa tu tiada siapa pun di atas.. pelik, tapi kami dah faham dan kami buat tak tahu.. ''biar jelah dia nak tumpang lalu'' kata mak dengan nada berbisik...




aku pernah sekali diganggu masa tidur..aku paling suka tidur dekat rumah atas sebab sejuk je..maklumlah rumah kampung.. masa baru aku nak terlelap tu aku terasa yg ada orang berjalan kat tepi tilam aku.. aku dah rasa lain macam, tak berani pula aku nak tengok sapa dia..aku cuba baca apa yg patut...dah lama sikit, aku jeling2 sekitar ruang tu tengok takde saper2...huhuu...badan dah rasa seram sejuk jer, dah lah gelap.. nasib baik dia tak kacau lebih2... kalau tidak tak tahu lah...


tak terkecuali anak saudara aku yg bernama shahirah.. masa tu dia tidur dibilik bawah.. orang lain dah tidur, dia pulak terdengar org sedang menyangkul tanah, serta orang sedang menangis.. sayup2 di tepi tingkap bilik... sampai ke subuh orang semua bangun dia menangis mintak tolong teman pergi toilet..hari dah siang barulah dia ceritakan semuanya pada kami.. lepas kejadiaan tu dia dah taknak ikut kami jika kami ke sini... trauma katanya..


pernah juga akak aku memanggil seorang ustaz untuk tengok2kan rumah dia.. bila ustaz tu datang, dari jauh ustaz tu dah rasa ada yg tak kena.. apa yg ustaz tu katakan setelah tengok2kan rumah ni?? yg membuatkan kami terkejut, ustaz tu beritahu akak aku, rumah akak aku ni ramai yg menumpang.. benda ni dah lama menetap dekat sini.. banyak!! bukan sikit2.. dekat bawah rumah lain, dekat belakang rumah lain, dan di ladang sawit tu pun lain..??? betul ker...dari gangguan yg akak aku alami mungkin benarlah kata ustaz tu...


sejak berubat dengan ustaz, alhamdulillah dah semakin kurang gangguan dari benda tu.. dan kekerapan bunyi lantai dipijak dah tak kedengaran lagi.. mungkin dia dah pindah sebelah kot..kat ladang sawit tu.. sebab tulah anak pakcik yg hantar kat jemputan  kawin tu ternampak ada rumah disitu.. mungkin juga ALLAH nak tunjukkan pada akak aku yg org tu dah berpindah.. wallahualam...


READ MORE- Misteri Alam Bunian part 3

Misteri Alam Bunian part 2



Salam mesra buat kawan2 semua... terima kasih atas sokongan korang pada aku... tak sangka story Misteri Alam Bunian ini mendapat sambutan... terima kasih tak terhingga aku ucapkan pada korang semua yg sudi membacanya.. dan jika korang suka jangan lupa tekan butang LIKE ok.. ( sempat promot pulok) ok kita teruskan membaca entry Misteri Alam bunian part 2... jengg... jengg...jengggg.....


Selepas berbual dengan pakcik tu, abg ipar aku pun balik.. sampai je rumah dia termenung panjang.. terdengar2 lagi apa yg pakcik tu cakapkan...akak aku tegur, kenapa bang?? dia geleng2kan kepala... dah dipaksa berkali2  barulah dia ceritakan pada akak aku apa yg disampaikan oleh pakcik tu... akak aku terkejut... siapalah gerangan yg menumpang ditanah sawit tu???
Pada esoknya pagi2 lagi pakcik tu dah datang... seperti yg dijanjikan mereka semua pergilah melawat tempat yg dimaksudkan... dan apa yg mereka lihat?? hanyalah ladang sawit di sekitarnya.... tiada pun rumah seperti diceritakan oleh pakcik tu... tapi yg peliknya, kawasan disitu memang cukup bersih, terdapat lumut2 halus diatas tanah... pokok2 sawit yg di tanam dikawasan tu sangatlah  subur.. ... pelikkan?? tidak bersemak  langsung malah ia seperti dijaga rapi oleh tuan rumah.. siapa tuan rumah tu?? ianya masih menjadi misteri sehingga kini...


Selepas pakcik itu melihat sendiri tempat itu, barulah dia percaya yg tiada siapa tinggal di situ.. tapi yg menjadi persoalannya sekarang? siapakah gerangan org tua , yg anak pakcik tu nampak? dan dimana kad jemputan yg diberikan pada org tua itu? kalau lah ianya hanya ilusi seorang budak, semestinya kad jemputan itu masih ada lagi sekitar dikawasan tersebut... atau mungkin ditiup angin dan hilang... entahlah susah nak ditafsirkan dan tak tercapai dek akal.. hanya ALLAH sahaja yg mengetahuinya....


Tiba2 kakak aku tersedar dari lamunannya, barulah dia teringgat apa yg berlaku  sebelum ini pada keluarga mereka... seperti filem diputar kembali akak aku terus masuk kedalam rumah... macam org yg takut dan terkejut... terimbas kembali kejadian2  yg menggangu mereka selama ini.... 

READ MORE- Misteri Alam Bunian part 2

Misteri Alam Bunian part 1

Entry kali ni aku nak kongsi lagi pasal Horror Story  yg dialami oleh kakak aku yg menetap di batu pahat.. tak payah lah aku sebut nama kampungnya yer... cukuplah nama daerahnya sajer... cerita ni masih baru lagi.. tak silap aku bulan lepas.. kira barulah tu.. pesanan aku buat korang, jangan baca entry  ni tengah2 malam.. takut nanti ada pulak yg menyapa korang... heheeeeheeeeee..... seraammmm.... 


Ok insiden ni terjadi semasa salah seorang penduduk kampung disitu nak buat kenduri kawin... macam biasa tuan rumah akan mengedarkan kad jemputannya pada penduduk kampung.. dan akak aku turut dapat kad jemputan dari tuan rumah .. masa dia hantar kad tu pun dah hampir senja... ok fine... akak aku menerimanya dengan hati terbuka...

Pada sebelah magrib seperti biasa abang ipar aku akan solat berjemaah di masjid.. dan ketika itulah si tuan rumah menyapa dia.. dan bertanya kan sesuatu yg tak sedap di dengar.. apa yg dibualkan?? ok sila baca perbualan abg ipar aku vs tuan rumah yg telah aku edit... lagi senang korang nak faham... layannzzz....

Pakcik; haron, tadi anak aku ada datang hantar kad kawin tak?

Haron;   oh...ada.. insyaAllah kalau takder aral saya datang...

Pakcik;  anak aku cakap ada jiran baru kat sebelah rumah kau.. sapa tu ron?

Haron; eh.. jiran baru?? tak ada lah pakcik.. mana ada jiran baru?? 

Pakcik; yer.. anak aku ada hantar kad kawin tu betul2 sebelah rumah kau ron...

Haron; hah? kalau sebelah rumah saya tu kebun sawit semata2...

Pakcik; kata anak aku orgnya dah tua.. duk baring kat beranda rumah masa anak aku bagi kad tu dia tak menoleh pun anak aku.. pastu rumah dia tu macam pondok buruk jer.. pelik gak aku dengar...

Haron; ish..biar betul pakcik...tapi  memang tak ada.. kalau tak percaya pakcik dtg rumah saya esok pagi..!!!

Pakcik; ok kalau macam tu esok aku datang rumah kau, kita sama2 tengok..



Abg ipar aku pun balik ke rumah dengan seribu satu pertanyaan di benak fikirannya... persoalan demi persoalan timbul, siapakah jiran baru yg dimaksudkan oleh pakcik tadi?? bila pulak kebun sawit sebelah rumah tu ada pondok usang?? siapa pulak pakcik tua yg terima kad kawin dari budak tu?? sungguh, memang tiada jawapan yg pasti...


READ MORE- Misteri Alam Bunian part 1