MENU| Home | Facebook

Tuesday, 4 June 2013

Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang (Kisah Seram)


Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang


 pengalaman ini berlaku pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan Lim Chu Kang.

Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya, bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam. Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.

Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada di hadapan "company" saya untuk mengiringi "company" yang lain untuk latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15 kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa letih, saya masih lagi berada di hadapan "company" saya. Saya masih ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi...

Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya berada. Saya pun cepat2 menunjukkan isyarat tangan saya kepada rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu kelihatan berjalan perlahan2 di tengah2 persekitaran yang dipenuhi dengan rumput2 tinggi dan dedaunan.

Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat "Night Vision Binoculars" dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar, "Night Vision Binoculars" adalah "Teropong yang digunakan untuk waktu malam" dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu, pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!

Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan2 askar saya yang lain. Saya pun berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam itu. Para pendengar sekalian, kalau mengikut secara logika, sekiranya kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun2, rumput dan daun2 itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput2 ataupun daun2 di situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya berdiam diri sahaja!

Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput2 tinggi dan dahan2 berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh menembusi belukar dan dahan2 yang penuh duri di persekitaran saya ini. Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi, beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan ke destinasi kami...

Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada tahun 2007.

Read more: http://seram-giler.blogspot.com/2013/02/bayangan-hitam-di-hutan-lim-chu-kang.html#ixzz2VG56x700
READ MORE- Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang (Kisah Seram)

Kisah Seram Mencari Madu Tualang !!!!



Musim hujan dah reda...skrg nak masuk musim bunga dan dan cuaca nampak panas sedikit..bagi aku ia sesuai untuk mencari madu jenis gred A...setelah berbincang sesama sendiri..kami bersepakat untuk mencarinya pada hujung minggu..segala kelengkapan disiapkan..

antaranya sabut kelapa,jaring ,paku 4 @ 5 inci,tali dll keperluan..biasanya,sarang2 lebah ini dah pun dipantau masa dibina..sampai nampak madunya baharu kami ambil..cara nak kenal madu sudah ada senang sahaja..cuma lihat sarang lebah tu..tengok bhgn kiri dan kanan..kalau kanan membentuk besar(kepala)..itu lah tempat madunya..
kalau sarang jenis lebah halus,lebah lalat..tengok kwsn yg lebah xboleh terbang(anak lebah)..itu madunya..susah le nak bg tau..kena try sendiri baru paham kut..hahaha

hujung minggu dah pun tiba..acara yg di tunggu2 sudah bermula..kami masuk ke hutan dan tempat sarang lebah yg telah di ushar setiap minggu itu..bila sampai..kami terus membuat kerja dan tugasan masing-masing,mcm dah tahu je peranan memasing,semua berkerja dan membantu sesama sendiri..aku memandang ke dahan2 pokok tualang tersebut..1,2,...5,...12...22 sarang kesemuanya..
memang rezeki kami kut..bentak hati aku masa tu..dengan tersenyum lebar..aku bekerja dan menolong kawan2 ku dengan lebih semangat lagi,maklum lah..kalau dikirakan..22 sarang lebah ni..leh muat setengah tong yg kami bawa tu..tu dah dikira dengan meratah madu kt tengah2 hutan..hahaha..

senja pun berlabuh..nampak langit merah kejinggaannya..jeritan unggas pun kami xhiraukan sebab persediaan untuk memanjat pokok tualang..pokok ni memang tinggi..dah le tinggi..beso pulak tu..
cara kami naik memang berbeza dengan ape yg korang tengok kt national geographic tu..
kami panjat pokok tu hanya berbekalkan paku dan tali sahaja..tali halus tu..tp bukan la tali rapia..tu menempah tiket tu...
tp nak diceritakan..seorang kawan saya ni memang ade belajo sama bapak dia cara2 ambil madu ni..tu yg mcm pelik tu dia naik pokok tu..ketuk paku pun hanya 2 @ 3 kali je pastu ikat tali..kalau fikir logiknya..mana boleh tampung badan orang kalau naik..aku dah cuba cabut paku yg diketuknya..cabut pakai tangan je..huhuhu magik sungguh beliau tu..ok lah sambung balik

kawan aku ni pun mula la panjat..semua barang spt pisau,tali ade dalam baldi..mulalah dia panjat..masing2 senyap bila lihat dia membacakan sesuatu setelah memijak ke paku yg ke-3..dan dia meneruskan memanjat..aku kira sarang yg ke-10 tu..hari dah pun malam..mungkin dah pukul 9 atau lebih..

tengah duk gembira sebab rezeki kali ini banyak..kawan aku nak meneruskan memotong sarang lebah lg..kami mengiakan tanda setuju...baldi di hulurkan...dan bila sarang dibawa turun..menggunakan tali..aku pun capai la baldi tu..terkinja2 jugak la dibuatnya..
bila di suluh..aku terperanjat beruk mat yeh..mana taknya..bukan madu didalamnya..tapi tulang fresh..mcm baru dikikis dagingnya..
aku menghenjutkan tali baldi tu tanda isyarat dia menarik tali itu kembali..selang beberapa minit..baldi diturun kan..tp kali ini..tulang dan kepala anjing yg baru..lg la aku terperanjat..kami membuang tulang dan kepala anjing itu ke tepi..dan menukar baldi baru..sekali lagi kami diduga...kali ini bukannya tulang..tetapi najis..memang busuk..semua tutup hidung..aku menghenjut tali 3 dan 4 kali tanda menghentikan operasi..

setelah kawan aku turun..aku dan rakan yg lain menunjukkan sesuatu padanya..tp dia senyum je..dia menyelinam ke belukar berhampiran,,dan keluar membawa beberapa helai daun pisang hutan..dengan tak berlengah..dia melakukan sesuatu..dia menutup najis dalam baldi tu dengan dau pisang tadi..aku lihat mulut dia terkumat kamit membacakan sesuatu dalam samar cahaya dan asap dari julung sabut kelapa dan lampu torchlight..kami semua terdiam dan terkesima sekejap..mana taknya..najis tadi dah bertukar jadi madu balik...kami cepat2 mengemas barang..sebab takut dugaan yg lebih besar menanti...dan kami balik kerumah dengan selamat,
alhamdulillah..lega rasanya bila ternampak kampung dan rumah..fuh..lega rasanya..tapi itu lah pengalaman kami yg xdapat dilupakan semasa mencari lebah..kalau lah dibuatnya td ade tengkorak manusia dalam baldi tu..aku rasa..aku cap alip bot dulu..hahaha..xcukup tanah aku lari..
READ MORE- Kisah Seram Mencari Madu Tualang !!!!

Monday, 3 June 2013

BELUM


Salam sejahtera kepada semua....
Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kalian. Sebenarnya, ini adalah sebuah kisah yang berlaku pada ku di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Perak. Aku ingin menegaskan bahawa kisah ini bukanlah satu rekaan tetapi realiti pahit yang tidak dapat aku lupakan....

Begini kisahnya....
Malam itu, cuaca seperti tidak mengizinkan hari esok menjelma. Awan pekat pada malam itu seolah-olah memberi amaran bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku... tetapi keadaan malam itu tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan
akhir hanya tinggal beberapa minggu sahaja.... jadi, cuaca pada malam itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan kami... aku, Halim dan Ikram (bukan nama sebenar) terus mengulangkaji pelajaran yang baru diajarkan pagi tadi. Belum sampai sejam, Halim mengadu matanya mengantuk.. aku hanya tersenyum, sudah faham akan tabiatnya... senang sekali mengantuk terutamanya bila study.... aku meneruskan pembacaanku bersama Ikram... tepat jam 12.45 tengah malam, Ikram pula mengantuk....
aku hanya melihat langkah longlainya menuju ke katil... sebelum sampai ke katil, sempat juga dia merungut "gelap jugak malam ni.... macam ade apa-apa je..." aku hanya tersenyum pahit kerana di dalam hatiku, aku juga sependapat dengannya...

Jam 1.30 pagi, aku menuju ke katil... mataku sudah tidak dapat bertahan lagi.... lalu aku pun terus menghempaskan kepalaku ke bantal.... kesejukan malam itu ternyata memberi kesan kepadaku... kawasan asrama ku yang jauh dari kawasan petempatan membuatkan fikiranku kusut.... aku tidak mempedulikannya lalu cuba melelapkan mataku... belum pun sampai 10 minit, tidur ku diganggu oleh sesuatu.... "sham, tolong temankan aku ke tandas, aku nak terkencing la..." Ikram menarik tanganku... aku mengeluh... memang tidak dapat dinafikan suasana asrama kami cukup menyeramkan terutama pada waktu malam... tambahan pula, kejadian-kejadian yang memang tidak dapat dilupakan pernah terjadi beberapa kali sebelum ini... tidak hairanlah jika Ikram tidak berani ke tandas keseorangan... tambahan pula, tandas terletak agak jauh dari bilik kami.... aku menurut.... sampai di pintu tandas, Ikram pun masuk ke dalam... aku hanya menantinya di luar.... "jangan lama-lama tau..." pesanku.... kurang satu minit aku menunggu, debaran di dadaku tiba-tiba meningkat... hati ku tiba-tiba runsing... bulu romaku tegak berdiri... aku beranikan diri ku menunggu Ikram di situ.... suara cengkerik dan anjing tiba-tiba menjadi semakin kuat... aku tidak dapat menahan perasaan takut ku lagi...

"woi Ikram, kau dah ke belum?".... lalu Ikram pun  menjawab "belummm..... nanti la kejap".... aku terpaksa menantinya lagi.... tetapi lama-kelamaan, hatiku semakin runsing... ingin rasanya aku berlari pulang ke bilik.... aku terus menengking Ikram " woi, dah ke belum...!!!" tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang cukup mengerikan mengilai-ngilai dari dalam tandas..."BELUUUMMMMMM.... BELUUUUMMM.... BELUUUUUMMMMMM...... HAHAHAHAAAAAAAAAAA.....!!!!" aku jatuh tersungkur ke lantai kerana ketakutan... fikiranku bercelaru... adakah itu ikram ataupun sesuatu telah berlaku ke atasnya.... aku panik lalu terus bangkit dan berlari ke bilik.... aku terus berlari untuk mendapatkan halim... ingin rasanya aku menjerit sekuat-kuatnya pada ketika itu melihatkan sekujur tubuh yang amat ku kenali.... IKRAM.....!!!! aku tersentak... kakiku longlai.... bagaimana Ikram boleh berada di katilnya sedangkan, sedangkan..... aku rebah dan tidak sedarkan diri....
aku tersedar pada tengah hari esoknya.... aku enggan memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut sehinggalah selepas peperiksaan selesai.... dan sehingga kini, aku masih lagi takut apabila berhadapan dengan Ikram walaupun kejadian itu telah lama berlalu......
READ MORE- BELUM