MENU| Home | Facebook

Wednesday, 4 March 2020

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah
Pokok Sahabi di Jordan tiada kaitan dengan Rasulullah SAW, kata Rozaimi.



KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru tidak mudah mempercayai kisah pokok di Jordan yang 
dikaitkan dengan tempat perteduhan Rasulullah SAW memandangkan kesahihan masih diragui dan 
tiada bukti kukuh.




Jelas Pensyarah Hadis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle kajian yang dibuat 
pakar dari Jordan mendedahkan usia sebenar pokok itu tidak sampai 1,000 tahun.


Beliau yang pernah menuntut di Universiti Mu'tah Jordan menegaskan ini bercanggah dengan 
dakwaan orang ramai yang menyebarkan cerita mengaitkan pokok itu dengan sejarah Rasulullah SAW.




Tambahnya lagi, yang menyedihkan terdapat juga segelintir umat Islam yang pergi menziarah
 pokok berkenaan dengan melakukan perkara dilarang di sisi agama dan kononnya mengambil berkat 
dari tempat tersebut.







"Kisah yang dikatakan Rasulullah berteduh di bawah pokok itu tidak disepakati oleh ulama hadis. 
Sebahagian mereka menerimanya dan sebahagian mereka menolak kesahihan ceritanya. Antara 
yang menolaknya ialah al-Zahabi (wafat: 748hijrah) dalam kitabnya Tarikh al-Islam.




"Sebab beliau (al-Zahabi) menolak kesahihan kisah ini ialah kerana ia bercanggah dengan logik akal. 
Riwayat ini menyatakan bahawa Baginda dipayungi awan, jika begitu mengapa perlu diteduhkan 
dengan bayangan pokok lagi? Bagaimana pula boleh ada bayang dari pokok jika baginda sudah 
diteduhkan oleh awan?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.




Rozaimi lebih cenderung untuk menyokong dakwaan bahawa pokok berkenaan tidak ada kena 
mengena dengan kisah Rasulullah SAW.




Kajian yang dilakukan oleh Pusat Geografi Diraja Jordan menunjukkan pokok ini hanya berusia 
520 tahun sahaja.




"Jika pergi untuk melihat kebesaran Allah kerana menghidupkan pokok di kawasan kering kontang 
tidak mengapa. Tetapi jika pergi untuk melakukan amalan khusus dengan anggapan ia pokok teduhan 
Nabi atau ia adalah 'the living sahabat', ia adalah dakwaan yang tidak ada bukti konkrit," tambahnya.


READ MORE- Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah

Kisah Seram Bilik Bernombor 4

Kisah yang aku nak kongsikan kali ini berlaku kira-kira 10 tahun dulu ketika aku belajar di sebuah institut pengajian tinggi. Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke hostel setelah sekian lama tinggal dengan mak ayah sampai habis SPM.
Bila dah pertama kali, semua benda kena buat sendiri seperti membasuh baju, gosok baju dan kemas bilik. Biasanya kat rumah mak buatkan.
Blok asrama yang aku duduk ketika tu berbentuk segi empat. Ada Wing Utara, Wing Barat, Wing Timur dan Wing Selatan. Bilik aku berada di tingkat dua wing timur. Bilik numbor 6. Aku suka bilik tu sebab bila bangun pagi buka tingkap, nampak gunung berkabus tak jauh kat sana.
Gunung yang cukup popular kat Malaysia dengan kisah lagendanya. Tidak jauh dari bilik aku, adalah bilik no 4 yang sering menjadi perbualan hangat penghuni blok tu ketika itu. Sebab apa? Sebab bilik nombor 4 ini sahaja yang tak ada penghuni. Dikosongkan.
Kemudian diletakkan tanda “surau” diatasnya. Dan tak pernah langsung digunakan sebab masjid tak jauhpun dari kolej. Macam-macam spekulasi pasal bilik tersebut di bawa dari satu mulut ke mulut.
Aku jenis yang senang tidur. Lepas isyak je confirm aku tidur, lepas tu tengah malam mula lah terjaga. Hampir setiap hari macam tu dah jadi macam rutin. Bila tengah malam terjaga, aku biasanya akan study, basuh baju ataupun gosok baju.
Pada tahun aku tu, pihak kolej mengharamkan seterika sendiri di bawa ke hostel. Hanya boleh gunakan seterika yang disediakan oleh pihak kolej sahaja. Setiap blok asrama setiap tingkat memang ada bilik pantri khas untuk gosok baju dan masak air panas.
Tapi masalahnya budak-budak blok aku ni jenis malas nak ke pantri. So, adalah yang gatal tangan ambik seterika tu dengan papan alas tu bawak ke depan bilik masing-masing.
Depan bilik ada plug soket tu. So, aku pun merantau la cari dan rupa-rupanya salah satu seterika ada dekat depan bilik no 4 tu. Malas aku nak cari yang lain, aku guna je seterika tu.
Tengah aku gosok baju kemeja aku, tiba-tiba aku dengar pintu bilik no 4 tu kena ketuk dari dalam. Kuat dan jelas. Mencarut kuat aku ketika tu. Tapi aku ni jenis separuh berani. Separuh je la. Separuh lagi kalau ada benda muncul memang aku pecut terus la.
Aku pikir gosok baju tu lebih penting jadi aku teruskan la menggosok. Bam! Bam! Sekali lagi pintu tu kena ketuk dari dalam. Masa ni aku dah mula cuak. Jantung memang laju gila dub dab dub dab. Aku pandang dekat bawah pintu, aku nampak ada cahaya lampu.
Masa tu aku terpikir, maybe ada orang kot. Entah camane aku boleh pulak duk melutut nak telek apa yang ada dari bawah pintu tu. Mengucap panjang aku bila aku nampak ada mata tengah pandang aku jugak. Selepas tu jugak ada darah memercik keluar dari bawah pintu tu, mengalir keluar banyak.
Aku dah tak boleh tunggu lagi. Aku capai semua baju aku yang tak siap gosok lagi. Seterika tu pun aku tak tutup suis. Terus aku berlari masuk bilik. Humban baju aku atas kerusi. Aku lompat naik atas katil, berselubung bawah selimut.
Esoknya aku demam. Nak bangun pergi klinik ambik mc pun aku tak larat. Aku ceritakan apa yang berlaku dekat budak bilik aku je. Seminggu berlalu aku terus jadi budak popular kat blok.
Cepat betul cerita tersebar. Kemudian, mulalah keluar pelbagai cerita dan pengalaman dari budak blok tu yang terdengar macam-macam bunyi. Dari bilik nombor empat setiap tingkat yang berbeza.
Kalau pandang ke arah blok dari luar pada waktu malam, memang boleh nampak bilik no 4 di tingkat 1,2,3 dan 4 tidak berlampu dalam satu baris dari atas ke bawah. Tapi, entah kenapa pada suatu malam tu, semua bilik tu berlampu.
Aku baru balik dari bilik kawan aku di blok sebelah masa tu. Bila aku pandang ke arah blok, aku assume bilik tu digunapakai. Tapi, bila aku lalu depan bilik tu, nak ke bilik aku, aku tengok ke bawah pintu, tak ada cahaya lampu pun. Gelap je.
Baru je aku nak menapak masuk ke dalam bilik, satu jeritan yang sungguh nyaring macam pompuan menjerit tu, kedengaran dari dalam bilik no 4 tu. Sambil itu, pintu bilik tersebut diketuk-ketuk dari dalam.
Aku ingatkan aku je yang dengar, ramai penghuni bilik lain keluar tengok apa yang terjadi. Termasuklah budak bilik aku. Masing-masing pandang ke arah bilik no 4 tu. Budak bilik no 3 awal-awal lagi berlari keluar menjauhi bilik tersebut sebab mereka antara yang paling dekat.
Yang lebih memeranjatkan bilik no 4 di tingkat 1, 3 dan 4 pun berlaku benda yang sama juga. Ada jeritan dari dalam dan pintu diketuk-ketuk dengan kuat.
Tak lama selepas itu, warden asrama datang bersama-sama seorang ustaz dan beberapa anak buah dia. Warden mintak kami semua berkumpul di dataran bawah di tengah-tengah blok. Masa ni kami dapat dengar macam-macam bunyi. Bunyi menjerit di tingkat 3.
Bunyi mengerang di tingkat 2. Bunyi orang berlari di tingkat 1. Bunyi ustaz baca ayat kursi kuat-kuat kat tingkat 2. Bunyi-bunyi tu pulak sekejap arah sana, sekejap arah sini. Al-quran yang ada kat tangan masa tu dah tak termampu nak baca sebab takut sangat.
Lama juga la pertarungan tu berlaku. Kira-kira jam 3 pagi barulah semuanya berjaya dibersihkan. Setelah beberapa hari kejadian, barulah kami dapat tahu bahawa ada benda yang menghuni bilik no 4 tu. Setaip aras ada penghuninya.
Penghuninya tak suka diganggu. Pelajar pula suka buat bising, nak nak kalau waktu malam. Ada perjanjian dah dibuat antara tuan tanah kolej tersebut dengan benda asal tempat tu, sebab itu bilik tu dikosongkan. Ada student yang main spirit of the coin dalam bilik no 4 di tingkat 4. Sebab tu benda tu mengamuk.
Lepas kejadian tu, pelbagai lagi siri seram bilik no 4 berlaku dekat kolej tu. Kalau bukan blok aku tu, pasti berlaku kat blok lain. Kolej tu ada 6 blok asrama semuanya.
Semuanya ada 4 aras. Semua aras bilik no 4 nya dikosongkan. Itu perjanjian antara tuan tanah dengan puteri. Siapa puteri tu? Sampai sekarang ianya masih menjadi misteri.

READ MORE- Kisah Seram Bilik Bernombor 4

Friday, 6 December 2019

Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini

PERNAH dengar kisah orang yang tiba-tiba hilang tak dapat dijejaki dan dikatakan sudah masuk ke alam lain? Zaman dulu, sering kita dengar kisah-kisah begini.

Kononnya orang yang hilang itu telah dibawa masuk ke alam lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.


Sama ada anda mahu percaya ataupun tidak, terserah. Tetapi menurut Jamilah Haji Bujang, dalam kalangan keluarganya juga mempunyai kisah serupa. Perkara ini berlaku pada salah seorang moyang Jamilah yang dipanggil Tok Syair.


Tok Syair ini berasal dari Minangkabau dan antara orang yang terawal sama-sama membuka penempatan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1970-an sebelum beliau hilang, ketika itu usianya sudah 80 tahun. Walaupun begitu, orangnya masih kuat dan bertenaga macam orang berusia 50-an.


Dia masih gagah ke sana ke mari mengayuh basikal dan berkebun. Jarang sangat dia sakit.




Kawasan sekitar Bukit Gasing yang dipenuhi hutan belukar dikatakan mempunyai penempatan bunian.


Kata Jamilah, dia tidak ingat tahun yang tepat, tapi penghujung tahun 1970-an, suatu hari Tok Syair tiba-tiba saja menghilang, tidak lagi pulang ke rumah seperti kebiasaannya.


Tok Syair tiba-tiba hilang, 'suara' minta jangan carinya!


Bukan hanya keluarga, bahkan satu kampung cuba mencarinya, tapi Tok Syair tidak ditemui di mana-mana. Peliknya, tiada satu pun petunjuk yang ditemui berkaitan kehilangannya. Kehilangan Tok Syair jadi misteri.


Beberapa tahun kemudian, suatu hari ayah kepada Jamilah iaitu Haji Bujang Tanda membawa salah seorang cucu saudaranya berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk berubat.


Pengamal perubatan itu seorang perempuan. Semasa berubat tu, tiba-tiba perempuan itu berubah personaliti dan suaranya bertukar garau, bagai ada sesuatu yang memasuki tubuhnya.


“Kau beritahu yang lain, tak payah cari Tok lagi,” begitu lebih kurang tutur kata yang keluar dari mulut perempuan itu dengan suara bagaikan lelaki tua.


Suara itu memperkenalkan diri sebagai Tok Syair. Dia berpesan pada Haji Bujang supaya memberitahu ahli keluarga tak usah lagi dicari kehilangannya.


Dia memberitahu bahawa dia sudah tenang duduk di sebuah kampung berdekatan Bukit Gasing. Dia datang melalui tubuh pengamal perubatan itu bagi meleraikan misteri kehilangannya.




Bapa penulis, Haji Bujang Tanda yang menyaksikan pertuturan Tok Syair melalui peranta yang menjelaskan kehilangannya.

Kalau dengar memang aneh... Apatah lagi berdekatan Bukit Gasing itu tiada sebarang penempatan, hanya hutan semata-mata.

Tok Syair dikatakan menetap di alam bunian


Ada orang tua-tua dahulu mengatakan Tok Syair sudah menetap di alam bunian kerana di kawasan bukit itu ada perkampungan bunian.

Kata mereka lagi, zaman dulu penduduk selalu meminjam pinggan mangkuk apabila kenduri di kawasan bukit tersebut. Benar atau tidak, wallahualam, hanya Allah yang lebih mengetahuinya.


Itu tentang kisah Tok Syair. Ada lagi satu kisah pelik yang menimpa salah seorang pakcik saudara Jamilah yang digelarkan sebagai pakcik Rahmat. Berlaku dalam tahun 1980-an. Di kawasan Pantai Dalam ini juga.


Pakcik Rahmat ini seorang yang rajin mengaji al-Quran dan suka belajar agama Islam. Suatu hari, dia berkelakuan aneh apabila memohon maaf pada semua penduduk kampung yang ditemuinya.


Apabila ditanya kenapa, katanya dia mahu meninggalkan kampung untuk berhijrah jauh ke Kedah bagi belajar agama.




Tok syair.


Hulur tangan bersalam, jangan sambut


Masa itu kami ahli keluarga agak hairan dengan gelagat peliknya itu. Kemudian, ada seorang orang tua yang agak tinggi ilmunya di kampung kami berpesan pada ibu bapa pakcik Rahmat.


Pesannya, jika pakcik Rahmat hulurkan tangan hendak bersalam, jangan sambut.


“Kalau kau sambut salamnya, dia akan ghaib. Kamu takkan dapat jumpa anak kamu lagi,” begitulah pesan orang tua itu pada ibu bapa Rahmat.

Kata orang tua itu lagi, pakcik Rahmat meminta maaf pada semua orang kerana mahu pergi jauh, masuk ke alam lagi satu. Tetapi syarat terakhirnya sebelum masuk ke alam itu, dia harus meminta maaf pada orang tuanya sebagai tanda restu.


Sebab itu apabila pakcik Rahmat hulur tangan hendak bersalam, orang tuanya tak mahu sambut. Atas nasihat orang tua itu juga, pakcik Rahmat dikurung di dalam rumah, tidak dibenarkan keluar jejak tanah selama 100 hari. Jika tidak, dia mungkin akan ghaib dibawa pergi ke alam lain.


Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.

JAMILAH HJ BUJANG



100 hari yang getir


Sepanjang tempoh 100 hari dikurung itu bagaikan hari yang getir. Ahli keluarga semua sentiasa waspada supaya pakcik Rahmat tidak cuba keluar dari rumah.


Pintu tingkap sentiasa ditutup dan dikunci. Sepanjang waktu itu juga, pakcik Rahmat jadi tak tentu arah. Puas dia merayu minta dilepaskan.

Lubang sebesar ibu jari pada dinding pun dia jadi tak keruan cuba nak melepaskan diri. Pakcik Rahmat asyik ulang bahawa ada perempuan cantik menunggunya di luar rumah. Adakalanya dia bercakap-cakap seorang diri.


Tapi keluarganya tegas tetap mengurungnya. Dan selepas 100 hari itu, barulah keadaan pakcik Rahmat mulai pulih dan beransur sembuh. Malah, dia tidak ingat tentang dia meminta maaf pada semua orang dan mahu pergi ke mana.


Mujurlah pakcik Rahmat berjaya dikurung. Jika tidak, mungkin pakcik Rahmat ini akan menjejaki langkah Tok Syair, yang ghaib selama-lamanya tanpa dapat dijejaki.


Sama ada anda percaya ataupun tidak, terserah. Setiap orang ada penilaian masing-masing namun, apa yang berlaku pada Tok Syair dan pakcik Rahmat  itu adalah perkara yang benar-benar terjadi dalam sejarah keluarga Jamilah.

Hendak berkata takbur, juga tidak boleh kerana sesungguhnya di dunia ini bukan hanya didiami manusia semata-mata.



Source: mstar

READ MORE- Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini